Assalamualaikum. Siapa kat sini peminat cakoi? Banyak orang jual cakoi kat pasar malamkan @ tepi-tepi jalan. Kalau dapat yang sedap tu untung la. Hehe. Kalau tak sedap rasa serik pulak nak beli lagikan. Sebenarnya nak buat cakoi ni bukan la susah sangat. Lebih senang daripada buat donut. Bahan-bahannya pun bahan yang biasa ada kat rumah. So memang senang la nak buat. Cuma rajin @ tak rajin je la. Hehe.. Lagi pun buat sendiri ni memang puas hati kalau sedap dan menjadi. Boleh makan banyak. Haha..
Adunan cakoi ni boleh jugak guna untuk buat pau goreng. Boleh tengok gambar pau goreng kat bawah yang saya buat guna adunan cakoi ni. Selalunya adunan cakoi ni orang letak baking powder dan soda bikarbonat. Tapi saya tak letak pun sebab tak berapa suka rasanya bila dah masak tu. Walaupun tak letak, tapi cakoi ni still lembut dan gebu sebab yis. So kena pastikan yis kembang dengan cantik ye kalau nak buat ni. Then adunan ni memang lembik sikit. Baru boleh dapat cakoi yang lembut. Uli je sampai tak lekat kat tangan. Lagi lama uli lagi lembut. Kalau agak-agak terlampau lembik, boleh la tambah tepung sikit-sikit masa uli tu.
Jom tengok cara-cara saya buat cakoi yang sedap dan lembut kat bawah ni..
Bahan-bahan cakoi :
- 2 cawan tepung gandum
-
3/4 cawan air suam
- 1/2 sudu kecil yis
- 2 sudu besar gula
-
1 1/2 sudu besar minyak jagung
-
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
- Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
- Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
- Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
- Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
- Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
- Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
- Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
- Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
Nota :
- Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
- Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
- Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.