nasi goreng tomyam

Nasi Goreng Tomyam 

Assalamualaikum.. Saya rasa memang ramai kat sini yang suka makan tomyamkan? Saya sendiri pun memang peminat tegar tomyam. Hehe.. Kalau pergi makan kat luar selalu je order tomyam. Makan dengan nasi putih dan telur dadar. Then pernah sekali saya pergi ke kedai yang ada menu nasi goreng tomyam. So saya pun try la order sebab sebelum ni asyik order makan tomyam yang berkuah je. Huhu.. Sekali makan perghh memang sedap rupanya nasi goreng tomyam ni. Then saya pun start la google beberapa resepi nasi goreng tomyam dan cuba masak sendiri nasi goreng tomyam ni ikut citarasa sendiri. Hehe..

So hari ni saya nak share dengan semua cara-cara nak buat nasi goreng tomyam yang sedap. Actually korang boleh pelbagaikan bahan-bahan nasi goreng tomyam ni ikut citarasa masing-masing. Saya sharekan resepi asas nak buat nasi goreng tomyam ni ok. Mudah sangat caranya. Yang bujang-bujang pun boleh cuba buat. Cuma bahannya agak banyak sikit berbanding nasi goreng biasa. Tapi yang pasti, rasanya memang sedap. Hehe..

Jom tengok video kat bawah ni dulu. Lepas tengok nanti boleh la cuba buat sendiri. 😉

Bahan-Bahan Nasi Goreng Tomyam:

  • 4 cawan nasi putih (disejukkan)
  • 5 biji cili api (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit ayam (potong dadu)
  • Sedikit daging (potong dadu)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • Sayur-sayuran
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan daging (boleh tambah udang dan sotong jika suka). Kacau sebentar sehingga ayam dan daging sedikit masak.
  3. Tambahkan pes tomyam dan sos tiram. Kacau bersama kesemua bahan yang dihiris sehingga rata.
  4. Masukkan juga sayuran kesukaan masing-masing.
  5. Kemudian masukkan sedikit garam. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau sehingga sedikit garing.

nasi goreng tomyam

nasi goreng tomyam

nasi goreng tomyam


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top