Assalamualaikum.. Pagi raya di rumah mak mertua saya tak lengkap tanpa hidangan sayur campur istimewa bersama santan yang sedap ni. Setiap kali hari raya, sayur campur ni memang menjadi hidangan wajib yang dimakan bersama ketupat dan kuah kacang. Sayur campur ni istimewa sebab ia dimasak bersama santan. Dan yang lebih istimewa sebab ia dimasak oleh mak mertua. Kita ni tukang makan je. Haha.. Selalunya tolong potong sayur je. Yang selebihnya dia yang buat. Lain air tangan, lain rasanya nanti. Hehe.. Sambil-sambil tolong tu saya pun belajar la cara masak sayur yang super sedap ni. Rasanya mungkin ini cara orang jawa makan sebab mak mertua saya orang jawa. Pergi beraya rumah adik beradik dia pun ada hidangan sayur ni. Cuma bahan sayurannya lain-lain. Mungkin sayur ni pengganti kepada kuah lemak lontong. Mula-mula memang rasa pelik sebab di tempat saya iaitu di Pahang tak pernah makan sayur ni di pagi raya. Tapi bila dah selalu makan, rasa tak lengkap pulak pagi raya tanpa sayur yang best ni. Hehe.
Dalam video kat bawah ni, saya cuma menggunakan carrot, kacang, kobis dan cendawan tiram je untuk sayurannya. Kalau nak tambah sayuran lain pun boleh. Boleh jugak tambah kentang dan petai jika suka. Kalau tak suka letak udang, boleh letak ikan bilis atau ayam atau apa-apa bahan lain mengikut kegemaran masing-masing. Actually bahan-bahannya terpulang kepada selera masing-masing. Cuma basically, sayur ni di masak secara tumis dan di tambah dengan santan untuk menjadikan rasa sayur ni lebih lemak dan sedap.
Kalau dah tengok video kat bawah ni, boleh subcribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk dapatkan resepi yang terbaru daripada kami. Hehe..
Bahan-bahan Sayur Campur Istimewa Bersama Santan:
- 1 biji bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili padi
- 1 bungkus tempeh
- 7-8 ekor udang
- Lobak merah (potong panjang)
- Kacang buncis @ kacang panjang
- Kobis
- Cendawan tiram @ shitake
- 1/2 cawan santan
- Suhun
- Fucuk
- Garam
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Goreng fucuk sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
- Masukkan udang. Kacau sebentar. Masukkan pula tempeh. Kacau sehingga tempeh sedikit garing.
- Masukkan lobak merah. Kacau sehingga lobak sedikit lembut.
- Masukkan pula kacang buncis, kobis dan cendawan. Tambahkan santan.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan suhun dan fucuk yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga suhun lembut.
Nota:
- Fucuk yang digoreng terlebih dulu akan jadi rangup semasa dimakan dan lebih sedap. (Jangan kacau terlalu lama bila dah masukkan fucuk.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.