Kek Batik Biskut Marie Cheese

Assalamualaikum. Rasanya ramai yang dah mencuba resepi kek batik biskut marie yang biasa yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Klik sini untuk resepi. Kalau yang dah pernah cuba dan berjaya buat, mesti dah tau kesedapan kek batik yang lembut tu. So kali ni saya nak buat pulak kek batik biskut marie cheese. Actually resepi kek batiknya sama je cuma kali ni saya tambahkan cheese sebagai topping di atas kek ni untuk menambahkan lagi kesedapan kek batik ni.

Kepada penggemar cheese, resepi ni adalah resepi yang wajib dicuba. Mesti tak menyesal. Hehe.. Dalam video ni saya menggunakan 250g cream cheese. Kalau nak topping yang lebih tebal, boleh lebihkan cream cheese (300g-350g). Tambahkan gula aising mengikut kemanisan/selera masing-masing. Kalau tak suka terlalu manis, boleh masukkan sedikit air perahan lemon supaya ada sedikit rasa masam. Letak sikit-sikit dan rasa dulu. Kalau terlebih masam nanti tak sedap pulakan. Kalau tak nak bakar atau tidak mempunyai oven, boleh skip telur. Cuma putarkan cream cheese dan gula sahaja. Kemudian sejukkan ke dalam peti supaya cheese sedikit keras.

Untuk lebih senang faham cara nak buat kek batik biskut marie cheese ni, boleh tengok video kat bawah ni. 😉

Bahan-bahan Kek Batik Biskut Marie Cheese:

  • 200 gram biskut marie (dipatah2)
  • 125 gram mentega
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanilla (saya guna vanilla powder)

Cara-cara :

  1. Satukan kesemua bahan-bahan kecuali biskut marie dan mentega ke dalam kuali. (jangan buka api). Kacau dengan whisk hingga semua sebati.
  2. Masukkan mentega dan pasang api sederhana kecil.
  3. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat.
  4. Masukkan biskut marie, gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  5. Tuang biskut ke dalam loyang. Tekan biskut tadi sehingga padat. Ketepikan.

Bahan-bahan Cheese:

  • 250 gram cream cheese
  • 2-3 sudu besar gula aising
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Tuang ke atas kek batik tadi.
  4. Bakar pada suhu 160°C selama lebih kurang 15 minit dengan menggunakan api atas sahaja. (Panaskan oven terlebih dahulu)

Nota:

  • Boleh tambah sedikit susu pekat jika suka kek yang manis.

Ok dah siap dah.. Tunggu betul-betul sejuk baru la senang untuk dipotong. Sedap makan masa sejuk-sejuk. Selamat mencuba ye…??

kek batik biskut marie cheesekek batik biskut marie cheesekek batik biskut marie cheeseKek Batik Biskut Marie CheeseKek Batik Biskut Marie Cheese


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

2 Comments »

Leave a Reply