Nasi Arab Barokah Kitchen mudah dan cepat untuk disediakan

Assalamualaikum. Baru-baru ni ada sebuah restoran nasi arab yang baru bukak berdekatan kawasan rumah saya. Disebabkan restoran tu nampak cantik dan besar, saya dan family semua cuba merasa nasi arab kat kedai tersebut. Dengan harapan nasi arab kat situ sedap la. Hehe.. 1st time try nasi arab kambing dan nasi arab ayam kat situ memang sedap. Dagingnya sangat lembut. Berbaloi la jugak dengan harganya yang tak berapa mahal dan tak berapa murah. Hehe.. Beberapa kali la jugak repeat makan kat situ sebab anak-anak saya memang suka sangat makan nasi arab. Saya cuba nak buat sendiri tapi disebabkan bahan-bahan nak buatnya macam banyak sangat, so niat nak masak nasi arab tu asyik tertangguh je. Hehe..

Then saya ada terjumpa nasi arab segera jenama Bakorah Kitchen. Senang betul nak makan nasi arab bila ada nasi arab segera macam ni. Segala rempah ratus dan berasnya telah tersedia di dalam satu pek. Kita cuma perlu sediakan bahan basahnya sahaja. Dekat belakang pek nasi arab ni ada tulis cara penyediaan nasi, ayam bakar, sup, sos salatah dan juga salad arab dengan cara yang paling mudah, cepat dan ringkas. Apa yang paling saya suka tentang nasi arab Barokah Kitchen ni ialah berasnya. Beras yang diberi sangat berkualiti dan menghasilkan nasi yang lembut dan panjang. Dan yang paling penting nasi arab Barokah Kitchen ni lebih sedap daripada nasi arab kat restoran yang kami pergi tu. Hehe.. So lepas ni tak payah berbelanja besar lagi nak makan nasi arab yang sedap. Just dapatkan nasi arab Bakorak Kitchen ni dan masak ikut arahan yang disediakan. Mesti korang dapat makan nasi arab yang sedap.

Kat bawah ni saya tunjuk sikit video cara penyediaan nasi arab dan ayam bakarnya. Boleh tengok ye..

Bahan-Bahan Nasi Arab Barokah Kitchen:

Bahan Air Rebusan Ayam:

  • 1500ml air
  • 1 ekor ayam (potong 4) *saya buat setengah ekor ayam
  • Rempah nasi arab (disediakan)
  • Rempah kering (disediakan)
  • 1 1/2 sudu garam

Cara-cara:

  1. Didihkan air bersama rempah nasi arab dan rempah kering. Tambahkan garam.
  2. Kacau seketika dan kemudian masukkan ayam.
  3. Rebus ayam selama 30 minit.
  4. Keluarkan ayam dan toskan.

Bahan Nasi:

  • Beras Basmathi (disediakan)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 1 biji tomato (didadu)
  • 1000 ml air rebusan ayam
  • Serbuk pewarna saffron (disediakan) (bancuh dengan 2 sudu besar air)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau dan masukkan tomato.
  2. Masukkan air rebusan ayam dan 1 sudu kecil pewarna saffron.
  3. Masukkan beras basmathi. Kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
  4. Bila nasi sudah masak, masukkan lebih pewarna tadi dan gaul sedikit dengan garfu untuk dapatkan warna nasi yang cantik.

Bahan Ayam Bakar:

  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar madu
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar serbuk cili *saya tak letak
  • 2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan lumur rata pada ayam
  2. Bakar dalam oven selama 15 minit pada suhu 200°c.

Nota:

  • Dibelakang pek nasi arab Barokah Kitchen ada ditulis bahan-bahan dan juga resepi penuh sebagai rujukan termasuk resepi sos salatoh, salad arab dan sup.

Untuk dapatkan nasi arab Barokah Kitchen yang sedap ni boleh WhatsApp kat sini www.wasap.my/0199838140. Boleh tengok Facebook Page Nasi Arab Barokah Kitchen atau Khatijah Barokah Kitchen. Instagram pun ada nasi_arab_barokah_kitchen. Sedap tau.. Sekali cuba mesti nak lagi. Hehe..

Nasi Arab Barokah KitchenNasi Arab Barokah KitchenNasi Arab Barokah KitchenNasi Arab Barokah KitchenNasi Arab Barokah KitchenNasi Arab Barokah Kitchen

 


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply