Assalamualaikum.. Sempena musim durian ni jom kita belajar macam-macam resepi yang diperbuat daripada durian. Sebelum ni saya dah kongsikan resepi aiskrim durian yang sangat sedap. Kepada peminat durian, menu ni antara menu waib yang korang patut cuba. Hehe.. Boleh tengok resepinya di sini. Hari ni saya nak kongsikan pula satu lagi resepi yang diperbuat daripada durian iaitu resepi durian crepe yang sedap dan sangat berkrim. Durian crepe ni sedap dimakan ketika sejuk. Kalau dah jemu makan durian terlalu banyak, boleh la cuba buat durian crepe ni ye.
Adunan yang saya buat ni boleh dapat lebih kurang 6-8 keping crepe bergantung kepada saiz. Kalau nak buat banyak lagi boleh gandakan adunan ni. Pada saya, part yang paling susah untuk buat durian crepe ni masa nak buat kulitnya. Tapi alhamdulillah bila saya guna resepi ni, kepingan crepe ni susah untuk koyak. Cuma untuk buat dia jadi senipis mungkin tu agak mencabar jugak la. Hehe. Lagi nipis crepe ni lagi sedap.
Untuk fillingnya, saya menggunakan non dairy whipping cream. Cream jenis ni selalunya terdapat di kedai yang menjual alatan kek. Agak susah nak jumpa di pasaraya. Tapi rasanya lebih sedap. Seakan-akan rasa aiskrim. Lagipun non dairy whipping cream ni dah ada rasa manis. Jadi tak perlu tambahkan gula lagi. Cuma harganya agak mahal. Tapi kalau beli whipping cream ni, boleh la guna untuk buat resepi lain jugak. Buat aiskrim pun sedap. Hehe.
Resepi durian crepe ni juga boleh digunakan untuk membuat mango crepe. Cuma gantikan isi durian dengan mangga yang masak. Bahan lain boleh guna yang sama. Selain itu, resepi ni juga boleh digunakan untuk membuat mille crepe cake. Cuma perlu gandakan adunan crepe untuk dapatkan layer kek yang lebih banyak.
Okla jom kita tengok dulu video penyediaan durian crepe yang gebu kat bawah ni. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami ye. 😉
Bahan-bahan Durian Crepe:
- 4 sb tepung gandum
- 2 sb tepung ubi
- 1 sb tepung kastard
- 1 sb tepung jagung
- 1 sb gula halus
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 40 ml susu segar
- 150 ml air
- 1 sk esen vanilla
- Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
- Masukkan gula, telur, minyak, susu segar, air, esen vanila dan juga pewarna ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
- Ayakkan kesemua tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
- Tapiskan adunan supaya tiada tepung yang masih berketul.
- Panaskan kuali (non-stick pan), tuangkan 1 senduk adunan ke dalam pan dan ratakan.
- Biarkan sehingga permukaan crepe kering. Kemudian terus angkat. (tak perlu diterbalikkan)
Bahan-Bahan Inti Durian:
- 200ml Susu Segar
- 1 Tbsp Gula
- 1 Tbsp Tepung Kastard
- 100gm Isi Durian
- 100ml Krim Putar Bukan Tenusu
Cara-cara:
- Kacau susu segar bersama gula dan tepung kastard di dalam periuk sehingga tepung hancur.
- Letakkan periuk tadi di atas dapur. Masak sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan.
- Masukkan isi durian dan kacau sebentar sehingga sebati. Angkat dan ketepikan.
- Pukul whipping cream sehingga kental.
Cara melipat durian crepe:
- Ambil 1 kulit (crepe). Pastikan bahagian bawah adalah permukaan yang licin.
- Letak whipping cream ditengahnya. (Lebih senang guna piping bag)
- Letakkan sedikit inti durian di atas whipping cream.
- Pipekan lagi whipping cream untuk menutupi inti durian tadi.
- Lipatkan kulitnya berbentuk segi empat. Tarik sedikit kulit supaya durian crepe menjadi cantik dan kemas.
Nota:
- Pastikan whipping cream dipukul semasa sejuk supaya lebih senang untuk jadi kental.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo