Kek Vanila Cheese Leleh Sedap dan Gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya baru berkesempatan nak update resepi yang dah lama terperam ni. Haha. Resepi kek vanila cheese leleh ni pernah menjadi resepi viral di media social. Bukan saja perisa vanila, malah kek ni dipelbagaikan perisanya seperti pandan, strawberi, keladi dan pelbagai perisa lain lagi. Kek vanila cheese leleh ni juga menjadi sumber pendapatan orang ramai bila ianya menjadi viral. Siapa yang nak mula berbisnes dan menjual kek ni, boleh cuba buat resepi yang saya kongsikan ni.

kek vanila cheese leleh

Resepi kek vanila cheese leleh yang saya kongsikan ni sangat mudah untuk disediakan. Penggunaan ovalette dalam kek ni akan memudahkan kek menjadi gebu dan lembut. Yang penting adunan mestilah dipukul dengan lama sehingga menjadi ringan dan gebu. Warna adunan akan bertukar menjadi pucat.

Dalam resepi kek vanila cheese leleh, saya menggunakan serbuk vanila sebagai ganti esen vanila kerana rasanya lebih sedap dan kuat. Boleh juga gunakan vanila ekstrak. Cuma harganya lebih mahal berbanding serbuk vanila. Tapi still boleh gunakan esen vanila kalau tak ada kedua-dua bahan ni.

Untuk bahagian topping cheese pula, boleh tambahkan whipping cream kalau nak topping yang lebih cair dan meleleh. Whipping cream ni juga boleh digantikan dengan susu cair. Cuma ada perbezaan dari segi rasa. Rasa whipping cream lebih sedap berbanding susu cair walaupun harganya agak mahal. Tapi kalau untuk makan sendiri apa salahnya kan melabur lebih sikit. Baru puas hati nak makan sedap. Hehe. Susu pekat pula boleh dikurangkan atau ditambah mengikut selera masing-masing.

Jom tengok cara penyediaan kek vanila cheese leleh kat dalam video ni supaya lebih senang nak faham step by step untuk buat kek ni.

Advertisements

Bahan-bahan Kek Vanila Cheese Leleh:

  • 4 biji Telur
  • 100gm Gula Castor
  • 1 sk Serbuk Vanila (@esen vanila)
  • 1 Sb Ovalette
  • 100gm Tepung Gandum
  • 60gm Tepung Jagung
  • 1 sk Serbuk Penaik
  • 50ml Susu Cair
  • 75gm Mentega (Cairkan)

Cara-cara:

  1. Pukul telur, gula, serbuk vanila dan juga ovalette sehingga betul-betul kembang, gebu dan bertukar warna putih. Pastikan adunan menjadi ringan.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama tepung jagung dan juga serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup balik adunan sehingga sebati. (Boleh pukul sebentar supaya adunan rata).
  3. Masukkan susu cair dan pukul sedikit.
  4. Masukkan pula mentega cair dan kaup balik sehingga sebati.
  5. Letakkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 175°c selama 35-40 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.

Bahan-bahan Topping:

  • 250gm Keju Krim
  • 125ml Krim Putar (dairy whipping cream)
  • 100ml Susu Pekat
  • Keju Cheddar (hiasan)

Nota:

  • Serbuk vanila boleh digantikan dengan esen vanila. Tapi rasa serbuk vanila lebih sedap. Boleh juga gunakan ekstrak vanila.
Advertisements

kek vanila cheese leleh

kek vanila cheese leleh

kek vanila cheese leleh


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

2 Comments »

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.