Sambal Sotong Bersantan Yang Special

Assalamualaikum..Hari ni saya nak share 1 resepi yang saya rasa paling special iaitu sambal sotong bersantan. Sambal sotong bersantan ni sangat special bagi saya sebab resepi ni antara makanan kegemaran arwah abah saya. Kalau dia beli sotong, mesti dia akan suruh mak saya masakan sambal sotong bersantan ni. So memang dia akan kupas kelapa sendiri sampai siap mesin untuk mak saya buat santan semata-mata untuk buat sambal sotong bersantan ni. Hehe.

sambal sotong bersantan

Rumah saya di kampung memang penuh pokok kelapa sekeliling rumah. Nak guna kelapa bila-bila masa je boleh ambil. Free of charge. Hehe. Cuma rajin dan malas je la nak kupas. Then kebanyakkan rumah di kampung memang ada mesin mengukur kelapa sebab di kampung tak banyak kedai yang menyediakan khidmat memesin@mengukur kelapa. Dulu-dulu orang kukur kelapa guna manual je. Saya pun pernah guna jugak kukur kelapa manual ni masa kecik-kecik. Budak-budak kan saja suka-suka menyibuk dan nak cuba segala benda yang orang besar buat. Haha. So dalam pada cuba-cuba tu lama-lama jadi pandai la. Then bila wujudnya mesin kelapa elektrik, dah tentu la mesin ni antara barang elektrik yang ada kat rumah saya. Sebab kelapa memang parut sendiri je. Bila ada mesin ni, kerja pun jadi lebih senang dan mudah.

Rindunya kat arwah abah saya. Masa dia ada, memang macam-macam kerja dapur dia tolong mak saya. So serba sedikit pasal masak ni dia tau la jugak. Sekarang ni hampir 10 tahun dah arwah abah meninggalkan kami. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abah saya ye. Setiap kali saya masak sambal sotong bersantan ni memang saya teringat sangat kat arwah abah.

Ok berbalik kepada resepi sambal sotong bersantan ni, sebelum korang cuba buat resepi ni, jom la tengok dulu video yang best saya sediakan kat bawah ni ok. Selamat mencuba!

Bahan-bahan Sambal Sotong Bersantan:

  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 sudu besar cili kisar
  • Sedikit belacan (optional)
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • 1/4 cawan santan pekat
  • 1/2 biji bawang holland (hiris kasar)
  • 200gm sotong

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan juga cili kisar sehingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan sedikit belacan jika suka.
  3. Tambahkan air asam jawa, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan pula santan dan juga bawang holland. Kacau seketika.
  5. Akhir sekali masukkan sotong. Kacau dan biarkan sekejap sehingga sotong masak.

Nota:

  • Tak perlu tambah air kerana sotong akan menggeluarkan air. (kecuali kalau nak lebih berkuah)
  • Jangan masak sotong terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

P/s: gambar sambal sotong bersantan ni terhilang pula daripada file. So ada 1 gambar je yang terjumpa. Sorry la ye. hehe..

sambal sotong bersantan


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply