Kuah Kacang Resepi Mak Paling Sedap

Assalamualaikum..Mom’s recipe always the best!! ? Resepi kuah kacang mak saya ni resepi yang paling best dan paling yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu terutamanya masa hari raya. Hari ni saya dan mak saya kongsikan resepi kuah kacang yang super sedap ni. Ada secret ingredient tau. Hehe. Sementara mak masih ada dan sihat ni jom la kita sama-sama menuntut ilmu masak daripada mak kita. Selalunya resepi mak kita sendiri mesti la resepi yang paling sedap dan tiada tandingannya. Sebab kita membesar dengan air tangan mak kita dari kecil. Jadi masakan mak tu dah sebati dengan selera dan jiwa kita. Hehe.. Tapi kalau ada yang tak berkesempatan nak rasa masakan mak sendiri, jangan sedih-sedih pulak tau. Mungkin Allah bagi rezeki yang lebih baik daripada tu.

kuah kacang

Bila tengok resepi kuah kacang mak saya ni, mungkin ada yang pelik dengan bahan yang digunakan. Tapi jangan risau. Tak cuba tak tahu. Hehe. Mungkin ramai yang dah biasa dengan rasa kuah kacang yang di masak dengan serai, halia dan sebagainya. Resepi mak saya ni tak menggunakan semua bahan tu tapi rasanya tetap sedap. Rasanya tak salahkan kita nak mencuba resepi yang baru. Kalau dengan teknik yang betul, kuah kacang ni memang akan jadi kuah kacang paling superb. Memasak pun kena ada teknik-teknik yang betual tau. Hehe.

Actually kuah kacang ni boleh dimakan dengan pelbagai menu yang lain seperti rojak, pecal, tauhu sumbat, sate. Ada juga yang suka makan dengan kuih cakoi. Nak resepi cakoi boleh klik kat sini tau. Bukan setakat makan dengan ketupat @ nasi impit masa raya je, bila-bila masa pun boleh buat kuah kacang ni. Masak kuah kacang memang ambil masa yang agak lama. Walaupun bahannya sangat simple, tapi ianya perlu dimasak dengan menggunakan api kecil sehingga cili dan kacang betul-betul masak supaya kuah kacang tahan lebih lama dan tak mudah basi.

Ok jom tengok dulu video cara penyediaan kuah kacang yang saya sediakan kat bawah ni. Jangan lupa baca tips kat bawah ni kalau nak dapatkan kuah kacang yang paling sedap dan tahan lama. Lepas tu boleh la subscribe YouTube Channel kami ye. Hehe. Banyak resepi yang best kat channel kami.

kuah kacang mak

Bahan-Bahan Kuah Kacang:

  • 1 Cawan Minyak Masak
  • 500gm Kacang Tanah
  • 1/2 Cawan Minyak Masak
  • 1 Cawan Gula
  • 250g Gula kabong/Gula melaka
  • 2 1/2 Sb Garam
  • 2 Sb Kicap Manis
  • 400ml Air
  • 1 Sb Tepung Gandum (Campur Dengan Sedikit Air)

Bahan Kisar:

  • 150gm Cili Kering (rebus dahulu)
  • 2 Bawang Besar
  • 3 Cloves Bawang Putih
  • 1 Sb Udang Kering (optional)

Cara-cara:

  1. Goreng kacang tanah dengan 1 cawan minyak masak sehingga garing. (kacau sentiasa)
  2. Terus tapis kacang dan buang minyaknya untuk mengelakkan kacang menjadi terlebih garing.
  3. Kisar kacang dengan air secukupnya. (Jangan kisar terlalu halus). Ketepikan.
  4. Panaskan 1/2 cawan minyak masak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga garing dengan menggunakan api kecil. (warna bertukar menjadi gelap)
  5. Masukkan gula putih, gula kabong/gula melaka, garam dan kicap manis. Kacau dan biarkan sehingga gula hancur.
  6. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi. Masak sehingga kacang mengeluarkan minyak dengan menggunakan api kecil. (kacau sekali sekala)
  7. Masukkan tepung gandum dan biarkan lagi lebih kurang 10 minit supaya kuah sedikit pekat.

Tips:

  • Pastikan kacang digoreng sehingga garing dan sedikit gelap. Jangan terlebih garing kerana kuah kacang akan menjadi pahit.
  • Cili dan bawang boleh ditambah atau dikurangkan jika mahu lebih pedas atau kurang pedas.
  • Kicap: secret ingredient ??
  • Tumis cili dan bawang sehingga betul2 masak dan bertukar menjadi warna gelap menggunakan api kecil.
  • Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas ikut selera masing-masing. (kuah kacang memang sedap manis-manis pedas. So jangan takut letak gula banyak. hehe)
  • Masak lagi 10 minit selepas letak tepung (tepung boleh gantikan dengan 2@3 keping biskut Marie). Kuah kacang akan jadi lebih pekat bila sejuk.

kuah kacang

kuah kacang

kuah kacang


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply