Fruits Pastry Cake Viral | Kek Pastry Buah Viral

Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni fruits pastry cake menjadi resepi viral di laman sosial. Sana sini orang upload gambar dan bercerita pasal fruits pastry cake di Facebook dan juga Instagram. Bila ramai yang request resepi ni, saya pun cuba buat untuk memenuhi permintaan ramai. Actually fruits pastry cake ni dah lama wujud tapi baru-baru ni ia menjadi resepi yang tular di media sosial. Saya sendiri tak pasti macam mana kek ni boleh menjadi sebutan orang ramai. Hehe. Tapi tak kisah la sebab apa pun. Yang penting fruits pastry cake memang sedap.

fruits pastry cake

Asas kek ni lebih kurang seperti kek butter tapi dengan penggunaan yogurt kek ni menjadi lebih moist dan sedap. Tambah pula dengan rasa buah-buahan segar diatasnya. Dalam resepi ni saya menggunakan buah strawberi, blueberi dan juga oren di dalam tin. Nak guna buah lain pun boleh. Ikut selera masing-masing. Sebab buah-buahan ni agak mahal sebenarnya. Hehe. Tapi sebab nak makan sendiri dan kesedapan kek ni yang digabungkan dengan rasa buah tu memang berbaloi la spend duit lebih sikit untuk beli buah mahal. Hehe.

Untuk bahagian atas kek ni saya taburkan crumble. Cara nak buat crumble ni senang sangat. Rasa dia pula manis dan crunchy. Memang sangat sesuai digandingkan dengan fruits pastry cake ni. Crumble ni memang sedap makan macam tu je. Kalau buat kek letak crumble ni memang crumble habis dulu selalunya. Haha. Kalau tak nak buat crumble pun tak apa. Boleh letak buah je. Tapi pada selera saya lebih sedap kalau buat crumble. Rasa crunchy crumble tu dengan kelembutan kek sangat-sangat serasi. Boleh dikatakan crumble adalah part yang paling best dalam kek ni.

Kalau nak tengok kelazatan fruits pastry cake ni boleh tengok video yang saya sediakan kat bawah. Lebih senang untuk faham cara nak buat kek ni. Lepas tu jangan lupa subscribe YouTube Channel kami tau. Banyak resepi yang latest kat situ.

Bahan Crumble:

  • 100gm Tepung Gandum
  • 50gm Gula Kastor
  • 50gm Mentega

Bahan Fruits Pastry Cake:

  • 175gm Mentega
  • 175gm Gula Kastor
  • 3 Biji Telur
  • 1 sk Esen Vanila
  • 225gm Tepung Naik Sendiri
  • 100gm Badam Kisar
  • 85gm Yogurt
  • Buah-buahan pilihan

Cara-cara:

  1. Untuk membuat crumble, satukan tepung, gula dan mentega. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain, pukul gula dan mentega sehingga kembang.
  3. Masukkan pula telur dan juga esen vanila. Pukul lagi sehingga kembang. (adunan menjadi putih)
  4. Masukkan tepung yang telah diayak dan juga serbuk badam. Pukul sebentar sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan yogurt. Pukul sebentar. (kacau dengan senduk @ spatula pun boleh)
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (saya guna loyang 8inci).
  7. Susun buah-buahan secukupnya.
  8. Taburkan crumble tadi diatas kek.
  9. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak pada suhu 180°c bergantung pada oven masing-masing. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.

fruits pastry cake

fruits pastry cake

fruits pastry cake

fruits pastry cake


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

2 Comments »

Leave a Reply