Puteri Ayu Cheese Lembut dan Gebu

Assalamualaikum. Entry kali ini saya kongsikan resepi kuih traditional apam puteri ayu yang telah dimodenkan iaitu kuih puteri ayu cheese. Kuih ni juga dikenali dengan nama apam seri ayu. Resepi ini pernah viral di media sosial sebelum ni. Nampak menarik dan sedap. Jadi saya kongsikan cara membuat kuih puteri ayu cheese ni. Kuih ni sama seperti kuih puteri traditional cuma kepala atasnya digantikan dengan adunan cream cheese yang lemak berkrim. Yang pasti resepi yang saya kongsikan ni memang dijamin lembut seharian walaupun disimpan semalaman.

puteri ayu cheese

Resepi untuk bahagian badan kuih puteri ayu cheese ni boleh juga digunakan untuk membuat kuih puteri ayu traditional. Cuma perlu campurkan kelapa parut dengan sedikit garam dan juga tepung untuk menggantikan cheese.

Untuk 1 adunan kuih ni boleh dapat lebih kurang 36 biji. Adunan cheesenya pula agak banyak. Saya cuma menggunakan separuh adunan cheese untuk membuat 36 biji kuih. Jadi korang boleh bahagikan adunan cheese kepada separuh ataupun boleh gandakan adunan untuk bahagian badannya. Cheese ni juga boleh disimpan beberapa hari di dalam peti sejuk untuk membuat kuih yang lain. Kalau ada lebih adunan cheese ni boleh try apam coklat yang saya buat ni. Apam coklat yang digabungkan dengan cheese memang favourite saya. Hehe.

Apa-apa pun terima kasih banyak kepada tuan empunya badan yang mencipta kuih yang sedap ni (saya tak sure siapa yang mula2 cipta resepi puteri ayu cheese ni). Kepada peminat cheese, resepi ni antara resepi yang wajib korang cuba sebab rasa lemak cheese tu memang sesuai sangat dengan kuih ni.

Jom layan dulu video yang best kat bawah ni. Senang la korang nak buat nanti bila dah tengok video ni. Lepas tu jangan lupa subscribe YouTube Channel kami tau. Hehe.. Boleh baca tips kat bawah untuk dapatkan kuih dan gebu dan lembut walaupun disimpan seharian.

Advertisements

Bahan-bahan puteri ayu cheese:

Lapisan Pertama :

  • 250gm Krim Keju
  • 2 Sb Tepung Gandum
  • 5 Sb Gula Kastor (boleh kurang@lebihkan)
  • 1 Sb Susu Cair
  • 2 Sb Air
  • 1 Biji Telur

Lapisan Kedua :

  • 1 Cawan Gula Kastor
  • 2 Biji Telur
  • 1 sk Ovallet
  • 1 sk Esen Vanila
  • 1/2 Cawan Santan
  • 1/2 Cawan Susu Cair
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • Pewarna Makanan

Cara-cara:

  1. Untuk bahagian cheese, masukkan ke semua bahan lapisan pertama. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan adunan ke dalam piping beg.
  3. Sediakan acuan kuih secukupnya. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
  4. Pipekan sedikit adunan cheese ke dalam acuan.
  5. Kukus selama 2 minit.
  6. Untuk lapisan kedua, pukul gula kastor dan telur sehingga kembang.
  7. Masukkan ovallet dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu. (adunan menjadi putih)
  8. Masukkan pula esen vanila, santan dan juga susu cair. Pukul sebentar.
  9. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dan pukul sekejap dengan kelajuan rendah. Lebih elok kalau kaup balik tepung.
  10. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna pilihan masing-masing.
  11. Masukkan adunan ke dalam piping beg dan pipekan ke atas lapisan cheese yang telah dikukus tadi sehingga penuh.
  12. Kukus lebih kurang 8 minit dengan api sederhana kecil.

Tips:

  • Sapu minyak pada acuan supaya mudah untuk ditanggalkan.
  • Pastikan air kukusan mendidih sebelum mengukus kuih puteri ayu cheese.
  • Untuk mendapatkan kuih yang lembut, tepung tidak perlu dipukul lama dan kuat. Lebih elok jika hanya kuap balik tepung.
  • Gula, telur dan ovallet perlu di pukul sehingga betul-betul gebu.
Advertisements

puteri ayu cheese

puteri ayu cheese

puteri ayu cheese

puteri ayu cheese


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

2 Comments »

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.