Garlic Butter Bread Cheese | Roti Bawang Putih Keju

Assalamualaikum. Ada yang minat garlic butter bread tak? Kali ni saya nak tunjuk cara buat garlic butter bread dengan cheese. Saya cuma menggunakan roti putih biasa sebab paling senang nak jumpa. Boleh juga guna roti lain ikut kegemaran masing-masing. Rasanya garlic butter bread ni adalah menu paling simple dan cepat untuk disediakan sebagai menu sarapan pagi ataupun minum petang untuk keluarga.

garlic butter bread

Adunan garlic butter bread kat bawah ni saya buat untuk lebih kurang 4-5 keping roti sahaja. Boleh digandakan bahan jika ingin membuat lebih banyak roti. Selain daripada bahan  yang saya senaraikan kat bawah ni, boleh juga menambah bahan lain mengikut selera masing-masing. Bagi selera saya, untuk garlic butter bread ni lebih sedap dengan bahan yang simple saja.

Cuma mungkin bahan yang agak susah nak dicari ialah daun parsley. Kalau tak jumpa daun ni boleh gunakan daun ketumbar. Rasanya tetap sedap. Rupanya pun lebih kurang je. Jangan tersalah dengan daun sup pulak tau. Tapi kalau salah, boleh jugak la guna daun sup. Hehe.

Ok jom tengok video penyediaan garlic butter bread kat bawah ni. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami. Hihi.

Advertisements

Bahan-bahan garlic butter bread:

  • 2 Sb Mentega
  • 1 Sb Bawang Putih
  • 1 Sb Parsley/Daun ketumbar
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Roti
  • Keju Cheddar/Mozarella

Cara-cara:

  1. Satukan mentega bersama bawang putih, parsley, sedikit garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
  2. Gaul sebati kesemua bahan.
  3. Sapukan ke atas roti dan bakar di atas kuali leper sehingga garing.
  4. Letakkan cheese di atas roti yang telah masak dan lapiskan 1 lagi roti di atasnya.

Nota:

  • Roti boleh digoreng bersama minyak atau tanpa minyak.
  • Boleh gandakan bahan jika hendak buat banyak.
Advertisements

garlic butter bread

garlic butter bread

garlic butter bread


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.