Donat Pandan Sangat Gebu (dijamin lembut seharian)

Assalamulaikum. Resepi yang saya nak kongsikan hari ni ialah resepi donat pandan super gebu dan dijamin lembut dari pagi sampai ke malam. Hehe. Kalau tak percaya boleh cuba. Kali ni saya tambah air pandan untuk perisa donat ni. Kalau taknak pandan boleh skip. Just gantikan dengan air biasa. Boleh juga tengok resepi donat biasa yang saya pernah buat sebelum ni. Klik kat sini.

donat pandan

Di kampung, mak saya hari-hai buat donat untuk dijual. Tapi bukan donat pandan la. Donat biasa je. Donat dia memang sangat laku dan antara kuih yang paling cepat habis. Ramai yang gemarkan donat mak saya buat sebab tersangat lembut di dalamnya dan garing di luar. Kalau pelanggan beli donat dia pagi-pagi, memang sampai ke malam la lembut donatnya. So hari ni saya nak kongsikan resepi donat mak saya yang sangat gebu dan lembut tu. Cuma ada sikit beza bahan yang dia guna dan saya guna. Saya guna bread softener sebagai pelembut. Mak saya pula letak telur di dalam adunannya untuk bagi lembut. So kalau tak ada bread softener boleh letakkan sebiji telur di dalam adunan ni. Kalau alergik dengan telur, boleh la letak bread softener.

Untuk makluman kepada sesiapa yang tak tahu kat mana nak beli bread softener, bread softener ni ada di jual di kedai yang menjual alatan kek @ bakery. Sesetengah pasaraya juga ada dijual. Biasanya diletak dibahagian alatan kek seperti baking powder, soda bikarbonat dan sebagainya. Bread softener ni juga boleh digunakan untuk membuat kuih pau ataupun pelbagai jenis roti yang lain.

Sebelum buat donat pandan ni, boleh baca tips kat bawah untuk dapatkan donat yang lembut dan gebu. Then boleh tengok video penyediaan donat pandan kat bawah ni. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami tau. Hehe.

Bahan-bahan Donat Pandan:

  • 1/2 Cawan Air Suam
  • 2 Sb Gula
  • 2 Sb Susu Pekat
  • 11 gm Yis (1 Paket)
  • 4 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sb Marjerin
  • 2 Sb Minyak Masak
  • 1 sk Garam
  • 1 sk Pelembut Roti
  • 1/2 Cawan Air Pandan
  • 1 sk Pewarna Makanan Hijau

Cara-cara:

  1. Kacau gula dan susu pekat di dalam air suam. Masukkan yis. Kacau dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 10-15 minit.
  2. Masukkan marjerin, minyak masak, garam dan pelembut roti ke dalam tepung. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air pandan, pewarna dan juga air bancuhan yis tadi. Uli sehingga lembut.
  4. Rehatkan doh selama 45-60 minit atau sehingga kembang 2 kali ganda.
  5. Bentuk doh menjadi donat.
  6. Biarkan doh lebih kurang 10 minit atau sehingga kembang sedikit sebelum menggoreng.
  7. Gorengkan donat di dalam minyak panas (jangan terlalu panas) dengan menggunakan api sederhana kecil.
  8. Terbalikkan donat bila bahagian bawahnya telah kekuningan.
  9. Angkat donat yang telah masak dan salutkan dengan gula halus apabila sedikit sejuk.

Tips:

  • uli doh 2@3 kali (rehat 20min then uli 5min)ulang step ni 2@3 kali.
  • biarkan doh sedikit lembik untuk dapatkan donat yang lembut.
  • boleh adjust tepung dan air jika terlebih keras atau terlampau lembik.
  • pastikan yis betul-betul kembang.
  • gunakan air suam-suam kuku untuk bancuh yis.
  • bread softener boleh digantikan dengan sebiji telur.
  • semasa menggoreng, jangan terbalikkan donat banyak kali untuk mengelakkan donat menyerap minyak dengan banyak.
donat pandan
donat pandan
donat pandan

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top