Donat Gebu (Fluffy Donut)ย 

Assalamualaikum..

Minggu ni semua family husband datang rumah. Nak mandi manda kat kolam renang. So kena la hidang sesuatu untuk minum petang. Takkan air teh o je. ๐Ÿ˜… Lagi pun lepas dorang mandi manda tu mesti la laparkan.. so untuk minum petang tu saya buat la donut yang gebu gebas ni. Dengan harapan mak mertua impress la dengan masakan menantu dia. Hahaha…

Sebelum dorang sampai rumah saya dah bancuh siap2 dah donut ni sebab nak kena perap lama. So nanti dorang sampai takde la saya sibuk duduk dapur je nak siapkan donut ni. Hidang donut panas lepas kepenatan berenang memang menyelerakan. Habis licin donut sekali hadap. Hihi..

Alhamdulillah mak mertua kagum dengan kelembutan donut ni. Hehe. Dia siap tanya resepi lagi. ๐Ÿ˜… Saya pulak ajar mak mertua cara buat donut. Sharing is caring kan…. ๐Ÿ˜Siapa2 yang nak impress mak mertua tu boleh la try resepi donut ni. Senang pun senang sebab donut ni tak perlu di uli lama-lama sangat. Takdela lenguh tangan.. โ˜บ

Untuk tutorial buat donut ni boleh tengok video kat bawah ni ok..

Bahan A:

  • 1 cawan air suam
  • 1 paket yis kering (11g)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula

Bahan B:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread softener (optional)

*kalau tak letak bread softener, boleh letak baking powder

Cara-cara:

  1. Bancuhkan susu pekat dan gula di dalam air suam. Kemudian, masukkan yis. Biarkan yis kembang sampai berbuih lebih kurang 10 minit.
  2. Masukkan ke semua bahan B ke dalam bekas besar. Gaul rata bahan2 ini.
  3. Kemudian campurkan yis tadi sedikit demi sedikit dan uli sedikit sehingga sebati. Boleh tambah air sikit kalau doh belum sebati.
  4. Tutup bekas doh tadi dan perap selama lebih kurang 1 jam.
  5. Doh akan mengembang 2 kali ganda selepas 1 jam.
  6. Tumbuk2 doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian ambil sikit doh untuk dicanai dan terap. Gunakan sikit tepung supaya lebih senang nak terap.
  7. Rehatkan doh yang telah siap di bentuk selama 5-10 minit. Lepas doh dah kembang, bolehla goreng.

Note: Adunan doh memang agak lembik sikit semasa dibancuh tapi jangan risau. Doh akan jadi lembut selepas diperap dan akan menghasilkan donut yang gebu.

Lagi gambar untuk santapan mata korang. Lembut gebu gebas.. selamat mendonut ye.. ๐Ÿ˜„


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply