Garlic Mayo Prawn (Udang Mayonis Bawang Putih) 

Assalamualaikum. Hari ni saya nak cuba resepi baru yang tak pernah saya makan sebelum ni iaitu garlic mayo prawn ataupun udang yang di masak bersama mayonis dan bawang putih. Pertama kali mendengar menu ni mungkin agak pelik dan tertanya-tanya sedap ke garlic mayo prawn ni kan? Hehe. Saya pun tertanya-tanya la juga kesedapan resepi ni tapi sebab dah boring dengan menu yang biasa, saya cuba la buat garlic mayo prawn ni. Pertama kali makan, saya rasa jatuh cinta dengan garlic mayo prawn ni. Haha. Sedap hingga menjolat jari gitu. Hehe. Rasa dia pedas manis. Memang kena la dengan selera saya.

garlic mayo prawn

Rasanya makan garlic mayo prawn ni dengan nasi goreng pun sedap jugak. Hari tu saya makan dengan nasi putih biasa pun dah sedap sangat dah. Actually resepi ni saya dapat daripada channel masakan Tasty. Segala jenis menu yang ada kat channel tu. Menu ni antara menu yang sedap pernah saya cuba daripada channel Tasty. So saya kongsikan dengan semua supaya semua dapat merasa kesedapan garlic mayo prawn ni. Hehe.

Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ni sangat senang dan cara nak buatnya pun mudah sangat. Kalau korang nak rasa kelainan masak udang, boleh la try resepi garlic mayo prawn ni. Confirm tak menyesal. Hehe. Jom tengok cara penyediaan garlic mayo prawn kat dalam video bawah ni. Jangan lupa subcribe YouTube Channel kami tau.

Bahan-bahan garlic mayo prawn:

  • 150g udang
  • 4 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu besar gula
  • 4 tangkai cili padi (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Sedikit air

Cara-cara:

  • Perap udang bersama sedikit serbuk lada hitam dan juga garam.
  • Gaulkan mayonis bersama gula, cili padi dan juga bawang putih sehingga rata.
  • Panaskan sedikit minyak, goreng udang yang telah diperap tadi separuh masak.
  • Masukkan adunan mayonis tadi. Kacau rata.
  • Tambahkan sedikit air jika perlu.
  • Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan juga garam secukupnya. (tak perlu banyak sebab udang dah diperap dengan garam)
  • Masak sehingga sedikit garing.

garlic mayo prawn

garlic mayo prawn

garlic mayo prawn


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

2 Comments »

  1. Assalammualaikum ‘buat org lapo’ ana suka blog enti..ana ainul husna ..ana ade ikut satu resepi iaitu udang masak mayonis enti..akan tetapi masakan itu jadi sangattttttt pahittttt…ana dh ikut satu persatu resepi enti..bole bantu ana ..ana nak tahu mana silap ana huhuhuhu

    • Waalaikumussalam. Alhamdulillah terima kasih sukakan blog saya. ? Tapi maaf saya pun tak pasti kenapa jadi pahit. Kalau tengok bahan dalam resepi ni tak ada pulak bahan yang boleh jadikan masakan ni pahit. Pelik jugak kalau boleh jadi pahit. ? Mungkin terlebih garing.?

Leave a Reply