Apam Susu Paddle Pop Kukus yang Mudah

Assalamualaikum.. Setelah sekian lama resepi apam susu paddle pop ni terperam, akhirnya saya update juga kat blog ni. Hehe.. Actually resepi ni adalah resepi apam susu yang biasa je cuma sebab warna dia macam aiskrim paddle pop so saya bagi nama dia apam susu paddle pop. Hihi. Sebelum ni saya ada juga buat apam susu ni. Boleh klik kat sini kalau nak tengok bermacam-macam warna apam susu saya. Hehe..

apam susu paddle pop

Apam susu ni antara resepi yang pernah viral di media sosial dulu. Ramai yang mencubanya. So saya pun tak nak ketinggalan mencuba resepi apam susu ni. Ada juga resepi apam susu yang menggunakan 3 bahan. Tapi resepi yang saya kongsikan ini guna banyak bahan. Hehe. Saya rasa hasil apam yang menggunakan banyak bahan ni lebih sedap dan gebu. Rasanya lebih kurang seperti kek kukus.

Untuk pengetahuan, cawan yang saya gunakan untuk menyukat bahan ni ialah cawan yang bersaiz kecil iaitu cawan 200ml per cup. Jika menggunakan cawan besar, boleh kurangkan sedikit tepung lebih kurang 2 sudu besar supaya apam tidak terlalu keras.

Jom tengok video yang best kat bawah ni dulu supaya lebih senang nak faham cara membuat apam susu paddle pop yang super gebu ni.

Advertisements

Bahan-bahan apam susu paddle pop:

  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar minyak jagung
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik(baking powder)
  • pewarna ikut kesukaan

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik. Ketepikan.
  2. Putarkan telur, gula, ovalette dan esen vanila sehingga betul-betul gebu dan ringan. Lebih kurang 5-10 minit. Adunan akan bertukar menjadi putih.
  3. Masukkan susu pekat. Putar lagi.
  4. Masukkan pula minyak dan putar sehingga sebati.
  5. Tambahkan tepung gandum yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Campurkan dengan warna kesukaan masing-masing. Saya bahagikan 3 bahagian. Untuk mendapatkan warna paddle pop ni, saya menggunakan warna kuning, biru dan juga merah jambu.
  7. Masukkan adunan ke dalam acuan secara berlapis-lapis. Sapukan mentega terlebih dahulu pada acuan.
  8. Kukus selama 40 minit.

Nota:

  • Cawan yang saya gunakan bersaiz 200ml/cup.
Advertisements

apam susu paddle pop

apam susu paddle pop

apam susu paddle pop

apam susu paddle pop


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.