Roti Jala yang Lembut dan Mudah

Assalamualaikum. Roti jala adalah antara kuih traditional yang masih popular sehingga ke hari ini. Cuma bezanya dulu roti jala cuma berwarna kuning. Zaman sekarang ni roti jala ada pelbagai warna. Roti jala sesuai dijadikan hidangan untuk apa-apa jamuan atau majlis. Ada juga yang buat warna roti jala mengikut warna tema majlis supaya nampak lebih menarik.

Roti jala boleh dimakan dengan pelbagai hidangan. Kat tempat saya, kami lebih suka dan biasa makan dengan kari ayam atau daging. Ada juga di sesetengah tempat yang lebih biasa dan gemar makan roti jala bersama serawa atau bubur durian. Terpulang kepada selera masing-masing la kan nak makan dengan apa.

Kalau nak resepi kari untuk dihidangkan bersama roti jala ni boleh klik kat sini. Ni adalah resepi kari tanpa santan yang diajar oleh mak mertua saya. Sedap tau. Walaupun tanpa menggunakan santan, kari ni tetap pekat. Nak tau caranya boleh tengok kat resepi tu. 

Dalam resepi ni saya cuma letakkan setengah biji telur kerana taknak kuat sangat bau telur tu. Kalau nak buat banyak adunan boleh letak lebih. Pewarna kuning boleh digantikan dengan sedikit serbuk kunyit. Tapi letak sikit je tau sebab kalau terlebih nanti rasa kunyit terlalu kuat. Nak buat banyak-banyak warna pun boleh. 

Ada yang resepi roti jala yang menggunakan santan. Tapi mak saya kata kalau nak buat banyak atau buat untuk simpan semalaman, tak perlu guna santan sebab takut cepat basi. So saya tak letak la. Cuma gunakan air biasa je. Kalau untuk makan terus boleh juga letak santan.

Sebelum mencuba resepi roti jala ni jom tengok cara penyediaan kat video bawah ni. ūüôā

Advertisements

Bahan-bahan roti jala:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sb tepung beras
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 1 1/2 – 1 3/4 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras, telur dan garam.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati. (bancuh adunan sehingga menjadi likat dan sesuai untuk dijala)
  3. Tapiskan adunan supaya adunan lebih sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Panaskan kuali dan sapukan kuali dengan sedikit minyak.
  6. Jalakan adunan tadi di dalam kuali. Apabila telah kekuningan, boleh lipat dan terus angkat. (tak perlu terbalikkan)
Advertisements

roti jala

roti jala


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.