Puding Karamel Santan Yang Mudah

Assalamualaikum. Puding karamel adalah salah satu pencuci mulut kegemaran saya. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi puding karamel yang biasa. Boleh klik disini untuk resepinya. Bagi yang alergik telur atau tidak sukakan bau dan rasa telur di dalam puding, boleh cuba resepi puding karamel tanpa telur disini. Kali ni saya nak kongsikan pula lagi satu resepi puding karamel yang sedap dan berkrim iaitu puding karamel santan dengan menggunakan santan kelapa M&S.

Apa yang saya suka tentang M&S Santan ni ialah baunya yang wangi dan segar. Lepas tu kepekatan M&S santan ni sederhana. Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sedang-sedang je. Warna santan ni putih krim yang menunjukkan keaslian santan daripada kelapa sebenar.

Puding karamel santan yang dibuat menggunakan santan kelapa M&S ni rasanya lebih lemak. Rasanya lebih kurang macam rasa cendol. Lebih sedap lagi jika dihidangkan semasa sejuk. Susu pekat boleh digantikan dengan gula. Ianya juga boleh dikurangkan jika tidak suka manis.

Ok jom kita tengok video tutorial yang kami sediakan kat bawah ni.

[wordads]

Bahan-Bahan Puding Karamel Santan:

  • 6 Sb Gula
  • 250ml Susu Segar
  • 250ml Santan Kelapa M&S
  • 5 Sb Susu Pekat Manis
  • 4 Biji Telur
  • 1 sk Esen Vanila

Cara-cara:

  1. Cairkan gula di dalam periuk sehingga keperangan. Gunakan api yang kecil.
  2. Segera masukkan gula karamel ke dalam acuan yang sesuai. Ketepikan.
  3. Panaskan susu segar, santan kelapa M&S dan susu pekat manis seketika sehingga naik wap. Sejukkan sedikit.
  4. Pukul telur dan juga esen vanila sedikit. Jangan sampai kembang.
  5. Masukkan adunan santan tadi ke dalam telur. Kacau rata. Tapiskan adunan.
  6. Masukkan adunan ke dalam bekas yang berisi karamel tadi.
  7. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. (pastikan air kukusan mendidih dahulu)

Nota:

  • Boleh terus cairkan gula di dalam loyang yang besar.
  • Jika gunakan loyang yang besar, lebihkan masa mengukus.

[wordads]

puding karamel santan

puding karamel santan

puding karamel santan

puding karamel santan


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.