Assalamualaikum. Coconut puff cookies ataupun biskut puff kelapa ni adalah gabungan puff dan juga biskut. Mungkin ramai yang tak pernah makan atau tak pernah dengar pun nama biskut ni. Hehe. Actually, teksurenya lembut sama seperti puff yang lain. Bahagian luar pula saya salutkan dengan coklat masakan cair untuk mendapat rasa yang rangup apabila coklatnya keras.
Biskut puff kelapa ni boleh dihias dengan pelbagai hiasan mengikut citarasa sendiri. Boleh juga ditabur dengan kelapa kering sebelum dibakar untuk mendapatkan lebih lagi rasa kelapa. Untuk membentuk puff ni, saya gunakan piping bag kerana lebih senang. Kalau tak ada piping bag, boleh skopkan sahaja menggunakan skop aiskrim ataupun sudu. Kalau buat saiz yang besar, boleh tambahkan masa membakar.
Biskut puff kelapa ni sesuai dijadikan kudapan untuk minum petang. Kalau buat salutan coklat macam saya buat ni boleh keraskan dulu sekejap coklatnya di dalam peti. Kalau tak letak coklat tak perlu simpan dalam peti ais. Badam cincang pula boleh dibakar atau disangai terlebih dahulu supaya lebih rangup.
Untuk membuat biskut puff kelapa ni, saya menggunakan santan kelapa M&S. Santan kelapa M&S ni baunya sangat wangi dan segar. Lepas tu kepekatan santan kelapa M&S ni sederhana dan tidak likat. Sedang-sedang je. Memang sesuai untuk semua jenis kuih dan masakan lain. Warna santan ni putih krim yang menunjukkan keaslian santan daripada kelapa sebenar.
Ok jom kita tengok cara nak buat biskut puff kelapa kat dalam video bawah ni. Senang je tau. Sedap pulak tu. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami.
Bahan-bahan biskut puff kelapa:
- 4 Sb mentega cair
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 biji telur
- 1 sk esen vanila
- 1/2 cawan santan kelapa M&S
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kek
- 2 sk baking powder
- Coklat masakan (dicairkan)
- Badam cincang (untuk hiasan)
Cara-cara:
- Pukul mentega dan gula kastor sebentar.
- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang.
- Masukkan pula santan dan pukul sebentar sehingga sebati.
- Ayakkan tepung gandum, tepung kek dan juga baking powder.
- Pukul bahan yang diayak tadi sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan di atas loyang pembakar.
- Bakar biskut pada suhu 170°c selama 15 minit atau sehingga masak.
- Setelah biskut sejuk, boleh celupkan biskut ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan badam atau apa saja hiasan. Sejukkan sebentar di dalam peti ais untuk mengeraskan coklat.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo