Assalamualaikum. Sebelum ni saya selalu buat roti sardin gulung dan roti sardin goreng. Kali ni saya cuba buat roti sardin bakar pula. Roti ni berintikan sardin dan telur dan dibakar dengan taburan cheese. Rasanya cara ni lebih berkhasiat kerana roti dibakar tanpa menggunakan minyak. So kalau nak mencuba resepi baru, boleh la cuba buat roti sardin cheese ala BOL (Buat Orang Lapo) ni.
Untuk taburan cheese di atas roti ni, tak kisah nak guna cheese apa-apa pun. Saya menggunakan mozarella cheese untuk mendapatkan effect cheese tarik panjang-panjang tu dan juga cheddar cheese untuk dapatkan rasa yang sedap. Bahan di dalam adunan sardin pula terpulang nak letak apa-apa ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas boleh tambah hirisan cili. Saya tak letak sebab anak-anak semua tak makan pedas. Hehe.
Adunan ni boleh dapat lebih kurang 20 ketul roti kalau guna muffin cup ni. Kalau tak ada muffin cup, boleh gunakan apa saja bekas yang sesuai. Guna loyang pun ok. Boleh buat besar terus. Cuma perlu lebihkan masa membakar. Agak-agak dah kekuningan tu dah boleh angkat dah.
Roti sardin cheese ni sesuai dijadikan sebagai hidangan ringkas untuk minum pagi ataupun petang. Sebelum cuba tu jom kita tengok dulu cara membuat roti sardin cheese ni untuk lebih senang nak faham.
Bahan-bahan roti sardin cheese:
- 200gm Sardin (tin sederhana)
- 40gm Bawang Merah (potong dadu)
- 40gm Lobak Merah (potong dadu)
- 30gm Daun Bawang (dihiris)
- 1/2 Sb Garam
- 1sk Serbuk Lada Hitam
- 1sk Serbuk Lada Putih
- 5 Biji Telur
- Roti Keping
- Keju Mozarella / Cheddar
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan di dalam mengkuk kecuali roti dan keju.
- Gaul bahan sehingga sebati. (boleh rasa dulu sebelum letak di atas roti)
- Ambil roti dan potong 4 bahagian.
- Sapukan muffin pan dengan sedikit mentega atau marjerin.
- Susun roti yang telah dipotong tadi di dalam muffin pan. (boleh lihat video)
- Tuangkan bancuhan telur tadi di atas roti dan taburkan dengan keju kegemaran masing-masing. (saya guna cheddar dan mozarella)
- Bakar pada suhu 170°c selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu)
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo