Pepero @ Chocolate Stick @ Pocky Yang Sedap

Assalamualaikum. Korang suka pepero tak? Coklat yang mahal tu.. Hehe. Ataupun kat Malaysia ni lebih dikenali dengan nama pocky. Rasanya pocky ni lebih banyak dijual dan lebih senang nak jumpa kat mana-mana kedai berbanding pepero. Tapi rasanya pepero lagi sedap. Hehe. Cuma harganya memang sangat mahal. Actually dua-dua ni sama je iaitu chocolate stick. So hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat pepero daripada bahan mentah. Maksudnya buat stick sendiri. Bukan beli stick ready made dan celup dalam coklat je.

Sebenarnya nak buat stick untuk pepero ni taklah susah sangat. Cara buatnya lebih kurang macam cookies @ biskut raya. Cuma memerlukan kesabaran la sikit sebab nak buat stick halus-halus tu puas jugak nak mengadapnya. Hehe.. Tapi lebih puas hati buat sendiri berbanding beli dengan harga yang mahal. Kalau tak ada masa nak buat, beli je la jugak. Haha..

Since pepero ni kita buat from A to Z, jadi kehalalannya sangat terjamin. Taklah kita was-was nak makankan bila buat sendiri. Untuk satu adunan ni saya dapat lebih kurang 45 batang stick. Kalau nak buat banyak boleh la gandakan adunannya.  Untuk coklatnya pula, saya gunakan coklat untuk makan (dairy milk) dan campur sedikit coklat masakan gelap. Nak guna apa-apa jenis coklat pun boleh.

OK jom kita try buat pepero yang sedap ni. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami ye ūüėČ

pepero

[wordads]

Bahan-bahan Pepero:

  • 100 gm Tepung Kek¬†
  • 1 sb Gula
  • Secubit Garam
  • 2 sb Mentega
  • 2 sb Susu Segar
  • Coklat (apa-apa jenis coklat)
  • Badam, chocolate rice, sprinkle dsb (untuk hiasan)

Cara-cara:

  1. Gaulkan tepung bersama garam dan gula.
  2. Masukkan mentega dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan pula susu dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Lipat baking paper sebesar 30cm x 13 cm (lebih kurang) dan masukkan doh tadi. Gelek doh sehingga memenuhi ruang baking paper tadi. (sila rujuk video di atas)
  5. Simpan doh di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit. 
  6. Keluarkan doh dan potong kecil.
  7. Susun ke atas baking paper dan bakar selama 15 minit pada suhu 170¬įc bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu)
  8. Cairkan coklat dan celup stick yang telah sejuk ke dalam coklat. Kemudian salutkan dengan badam, coklat rice dan sebagainya mengikut kegemaran masing-masing.

Nota:

  • Boleh terus bungkus doh yang telah siap di uli dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk. Gelek dan potong kecil selepas dikeluarkan daripada peti sejuk.¬†
  • Boleh bulatkan¬†sedikit¬†doh yang telah¬†dipotong jika rajin.
  • Lipat baking paper secara¬†zigzag supaya¬†stick tidak membengkok semasa dibakar. (optional)

[wordads]

pepero

pepero

pepero

pepero


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.