kuih seri ayu

Kuih Seri Ayu / Puteri Ayu Lembut dan Gebu

Assalamualaikum. Kali ni saya kongsikan satu lagi resepi kuih tradisional yang diperbuat daripada pandan iaitu resepi kuih seri ayu atau puteri ayu yang sentiasa lembut walaupun dah sejuk. Kalau nak rasa kuih seri ayu yang lebih moden, boleh cuba resepi puteri ayu cheese yang saya pernah buat sebelum ni.

Satu adunan ni boleh dapat lebih kurang 35-40 biji kuih seri ayu. Untuk mendapatkan kuih yang sentiasa lembut dan gebu walaupun dah sejuk, pastikan telur, gula dan ovalette dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga betul-betul kembang. Pukul lebih kurang 10 minit. Adunan akan menjadi pucat putih dan ringan jika ianya betul-betul kembang. Semasa memasukkan tepung pula, gunakan kaedah kaup balik saja untuk mengelakkan kuih menjadi liat apabila sejuk. Ataupun pukul sebentar sahaja dengan perlahan.

Kukus kuih dengan api yang sederhana kecil. Api yang besar akan menyebabkan kuih seri ayu ni pecah atau merekah di atasnya. Sebelum mengukus, pastikan air kukusan mendidih dahulu.

Kalau nak tengok lagi pelbagai video dan resepi yang best, boleh subscribe YouTube Channel kami. Kat YouTube ni selalu resepi yang paling latest kami upload. Nak follow kami kat Facebook dengan Instagram pun boleh. Search je “Buat Orang Lapo”, confirm jumpa. Hehe.

kuih seri ayu

Bahan-bahan kuih seri ayu:

  • 1 Cawan @ 200 gram Gula Kastor
  • 2 Biji Telur
  • 1 sudu kecil Ovalette
  • 1/4 Cawan @ 62.5 ml Susu Cair
  • 1/2 Cawan @ 125 ml Santan
  • 1/4 Cawan @ 62.5 ml Jus Pandan
  • Pewarna Makanan
  • 2 Cawan @ 250 gram Tepung Gandum
  • 2 1/2 Cawan Kelapa Parut
  • 1 Sudu Besar Tepung Gandum

Cara-cara membuat kuih seri ayu:

  1. Untuk lapisan kedua, pukul gula kastor dan telur sehingga kembang.
  2. Masukkan ovallet dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu. (adunan menjadi putih)
  3. Masukkan pula esen vanila, santan dan juga susu cair. Pukul sebentar.
  4. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dan pukul sekejap dengan kelajuan rendah. Lebih elok kalau kaup balik tepung.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna pilihan masing-masing.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping beg dan pipekan ke atas lapisan cheese yang telah dikukus tadi sehingga penuh.
  7. Kukus lebih kurang 8 minit dengan api sederhana kecil.

seri ayu

seri ayu

kuih seri ayu


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top