Assalamualaikum. Bersua lagi kita di entri kali ini. Hari ni saya nak masak gulai ayam masak tempoyak. Korang pernah masak dan rasa ke gulai ayam masak tempoyak? Hehe. Sebab selalunya kalau tempoyak ni memang sinonim dengan ikan patinkan? Tapi kali ni saya nak tukar ikan kepada ayam sebab suami saya tak suka makan ikan patin. Hehe.
Rasa gulai ni setanding dengan gulai tempoyak ikan patin juga. Lebih-lebih lagi kalau dapat tempoyak yang sedap dan fresh. Saya gunakan tempoyak yang mak saya buat sendiri di kampung. Kalau balik kampung gulai tempoyak ni memang wajib ada untuk hidangan kami sekeluarga sebab kami semua suka gulai tempoyak sampai menghirup la kuahnya. Hehe. Korang juga boleh cuba masak gulai tempoyak ikan kembung resepinya di sini.
Gulai ayam masak tempoyak ni lagi sedap kalau ditambah dengan daun kesum, bunga kantan atau daun kunyit. Tapi saya hanya gunakan daun kesum sahaja kali ni sebab yang lain takde stok dekat rumah. Hehe. Aroma dari daun2 dan bunga kantan tu akan membangkitkan lagi bau gulai ayam masak tempoyak ni. Nak lagi ummphh korang kena letak kunyit hidup yea. Kalau takde kunyit hidup boleh gantikan dengan kunyit serbuk. Jika gunakan tempoyak yang masih baru pula, korang kena letak asam keping untuk seimbangkan rasa pedas dan masamnya.
Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat ayam masak tempoyak. Jom tengok video dulu supaya lebih faham cara membuatnya. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.
Bahan-bahan ayam masak tempoyak:
- 6-8 ketul ayam (potong kecil)
- 1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
- 10 tangkai cili padi (ditumbuk)
- 3 sudu besar tempoyak
- 3 cawan air (lebih kurang)
- Daun kesum
- Garam secukupnya
- Serbuk perasa (jika suka)
Cara-cara membuat ayam masak tempoyak:
- Masukkan kunyit, cili padi dan tempoyak ke dalam kuali.
- Tambahkan air secukupnya. Kacau rata.
- Masukkan ayam dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Bila kuah sudah menggelegak, masukkan daun kesum. Tunggu sehingga ayam masak sepenuhnya dan boleh hidangkan.
Tips:
- Tempoyak perlu di simpan di dalam freezer untuk mengekalkan kemanisan dan kesegarannya.
- Semasa proses membuat tempoyak gunakan garam kasar untuk rasa yang lebih sedap dan tahan lama.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo