September 22, 2020

Aiskrim Goreng Paling Senang Nak Buat

Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ini saya nak buat aiskrim goreng yang paling senang. Bukan sahaja senang tapi memang sedap untuk di makan. Rasa roti yang rangup di luar dan aiskrim yang sejuk di dalamnya memang sedap sangat, mesti tak cukup satulah kalau korang makan. Hehe. Korang boleh ajak anak-anak untuk belajar buat aiskrim goreng ni sebab sangat mudah untuk disediakan.

Dalam resepi ni saya gunakan aiskrim perisa vanilla & coklat. Korang boleh pelbagaikan resepi aiskrim goreng ni dengan menggunakan aiskrim perisa lain seperti jagung, strawberry, durian, keladi dan lain2 mengikut citarasa korang sendiri. Boleh juga taburkan serbuk oreo atau coklat rice di atas aiskrim ni selepas di drizzle dengan sedikit coklat untuk menambahkan keenakan rasanya. Jangan buang lebihan roti lepas buat aiskrim goreng ni yea, sebab boleh buat agar-agar roti seperti resepi disini atau bingka roti ni.

Aiskrim goreng ni juga boleh di frozenkan selama 2 atau 3 minggu. Korang boleh buat banyak-banyak dan letak dalam freezer, bila nak makan keluarkan dan terus goreng sahaja. Mudah dan simplekan. So, korang wajib cuba.

Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat aiskrim goreng paling senang. Jom tengok video dulu supaya lebih faham cara membuatnya. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.

Bahan-bahan aiskrim goreng:

  • Roti
  • Aiskrim (apa2 perisa yang disukai)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat aiskrim goreng:

  1. Mula-mula ambil sekeping roti dan letakkan aiskrim diatas roti tersebut.
  2. Kemudian lapiskan sekeping lagi roti diatasnya dan tekapkan dengan gelas atau cawan (atau apa-apa acuan atau bekas yang sesuai) yang berbentuk bulat.
  3. Simpan roti di dalam freezer untuk bekukan aiskrim selama 4 atau 5 jam.
  4. Keluarkan roti tadi dari freezer dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan dan angkat. Siap untuk di hidangkan!

Tips:

  1. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng supaya roti cepat masak dan aiskrim tidak cair.
  2. Boleh juga gantikan roti putih dengan roti perisa coklat atau butterscotch.
aiskrim goreng
aiskrim goreng

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

%d bloggers like this: