Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi ayam goreng tomyam cili padi. Resepi ni wajib di cuba terutamanya bagi penggemar masakan berasaskan tomyam. Dengan tambahan pes tomyam, rasa ayam goreng cili padi ni lebih sedap dan menyelerakan.
Kalau nak tahu, pes tomyam ni tak semestinya digunakan untuk memasak tomyam yang berkuah sahaja. Ia juga boleh di campurkan dalam pelbagai masakan lain sebagai perencah. Memang wangi dan memecah selera kalau pes tomyam ni dibuat sebagai perencah dalam masakan. Ada beberapa resepi tomyam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, seperti bihun goreng tomyam dan juga nasi goreng tomyam.
Ayam goreng tomyam cili padi yang saya buat ni menggunakan bahan-bahan yang simple sahaja. Kalau nak pedas boleh tambahkan cili padi atau boleh juga dikurangkan jika ingin kurang pedas. Bahan-bahan lain juga boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera dan citarasa masing-masing. Kalau korang tak suka makan ayam, boleh ditukar dengan daging. Rebus dulu daging tu supaya tak liat dan goreng seketika sebelum masukkan bahan-bahan lain.
Saya ada sediakan video resepi ayam goreng cili padi kat atas ni. Boleh tengok dulu video yang saya sediakan untuk lebih senang nak faham cara nak buat resepi ni. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami dan jangan lupa like Facebook kami juga yea.
Bahan-bahan ayam goreng tomyam cili padi:
Bahan untuk ayam:
- Ayam
- Garam
- Kunyit (perap ayam seketika sebelum menggoreng)
Bahan lain:
- 1 biji Bawang Besar
- 3 ulas Bawang Putih
- 5-6 biji Cili Padi
- 2 batang Serai
- 2 sb Pes Tomyam
- 1/2 biji Buah Tomato (di potong dadu)
- 4 helai Daun Limau Purut
- Air
- Jus Limau Kasturi
- Garam
- 1/2 biji Bawang Besar (di hiris bulat)
Cara-cara membuat ayam goreng tomyam cili padi:
- Gaul ayam bersama kunyit dan garam sehingga rata. Perap seketika.
- Goreng ayam. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi serta serai sehingga naik bau. Kacau sebentar.
- Tambahkan pes tomyam, buah tomato dan daun limau purut.
- Kemudian, masukkan sedikit air, jus limau kasturi dan juga garam secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan ayam dan hirisan bawang besar. Kacau hingga rata. Siap!
Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo