May 31, 2020

Resepi Terbaru


Bubur Pulut Hitam dan Tips Memasak Yang Pasti Jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Minggu lepas saya ada pergi kenduri kahwin di rumah jiran saya. Selepas makan menu utama iaitu nasi beriani yang memikat selera, saya dan anak lelaki saya makan pulak bubur pulut hitam yang dihidangkan di sudut pencuci mulut bersama-sama kuih muih lain. Sekali suap, eerrmmm.. sedap sungguh bubur pulut hitam tu sebab cukup manis dan terasa lemak santannya. Sampaikan saya rasa macam nak tambah lagi bubur tu tapi perut dah kenyang pulak. Hehe. Bubur ni sememangnya kegemaran saya dan anak lelaki saya.

Bila teringat kesedapan bubur yang saya makan di rumah kenduri kawin tempohari rasa macam tak puas pulak dan teringin nak makan lagi bubur ni. Tambahan pula anak lelaki saya juga asyik bertanya bila nak buat lagi bubur pulut hitam. Hehe. So, saya pon telefon emak di kampung, bertanyakan resepi dan cara membuat bubur ni sebab emak saya sememangnya pandai dan selalu buat bubur pulut hitam.

Rupanya senang sahaja penyediaan bubur ni kerana tidak menggunakan bahan yang banyak. Cuma part nak rebus beras pulut hitam tu akan mengambil masa yang agak lama kalau pakai dapur biasa. Korang boleh lihat tips di bawah untuk cara merebus beras pulut hitam. Tapi bagi yang ada periuk noxxa tu tak ada masalah nak rebus beras pulut hitam ini sebab ianya lebih cepat kembang. Bubur pulut hitam ni lebih sedap jika di makan dengan sedikit santan pekat atau susu cair yang dicurah di atasnya. Boleh juga di makan bersama-sama aiskrim vanilla untuk mempelbagaikan rasanya.

Bubur Pisang

Selain bubur pulut hitam, korang juga boleh mencuba bubur pisang ni. Sangat mudah penyediaannya. Bubur-bubur yang lain pun saya buat lebih kurang macam ni juga resepinya. Nanti cuba tau.

Kalau nak lagi mudah dan senang faham cara membuat resepi ni, boleh tengok video yang saya sediakan di atas. Boleh baca tips kat bawah ni untuk mendapatkan rasa bubur yang sedap dan sempurna. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami dan jangan lupa like Facebook kami.

Bahan-bahan untuk membuat bubur pulut hitam:

  • 4 cawan Air
  • 200 gm Beras Pulut Hitam
  • 60 gm Gula Melaka
  • 80 gm Gula Putih
  • 1 sk Garam
  • Daun Pandan
  • 200 gm Santan Pekat

Cara-cara untuk membuat bubur pulut hitam:

  1. Rebus beras pulut hitam sehingga betul-betul kembang dan pecah.
  2. Masukkan gula melaka, gula putih, garam serta daun pandan. Kacau sebentar.
  3. Kemudian, tambahkan santan pekat tunggu sehingga mendidih dan boleh la diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba.

Tips:

  • Masukkan beras pulut hitam di dalam periuk bersama air dan rebus sehingga air mendidih. Apabila sudah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Masak sehingga beras pulut tersebut kembang dan pecah supaya beras pulut tidak akan jadi keras semula apabila dicampurkan dengan gula.
bubur pulut hitam
bubur pulut hitam
bubur pulut hitam
bubur pulut hitam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: