Assalamualaikum. Hai semua. Apa khabar semua hari ini? Korang suka makan kebab tak? Saya sekeluarga memang suka makan kebab. Lebih-lebih lagi anak sulung saya. Kalau pergi ke pasar malam memang dia akan cari dan beli kebab dahulu dari makanan yang lain. Tambahan pula, ada satu gerai di pasar malam tu menjual kebab yang sangat sedap. Memang ramai orang yang membeli kebab dekat gerai tu, kadang-kadang sampai beratur panjang. Hehe.
Oleh kerana saya sekeluarga penggemar kebab, jadi hari ni saya nak kongsikan resepi kebab homemade. Kalau nak buat kebab macam kat pasar malam tu memang tak boleh la kan, sebab saya tak ada peralatan yang cukup untuk membakar dagingnya tu. Hehe. So, saya akan kongsikan resepi kebab yang simple cara saya supaya senang untuk korang buat dan makan di rumah. Kalau buat sendiri lagi puas makan dan boleh buat banyak-banyak dan sudah tentunya akan lebih jimat belanja. Hehe.
Inti kebab yang saya buat kali ni menggunakan daging. Korang boleh tukarkan daging kepada ayam atau boleh campurkan kedua-duanya sekali mengikut citarasa masing-masing. Bahan-bahan lain boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian seperti sos bbq, sos tomato atau boleh juga tambahkan keju. Lagi banyak bahan lagi sedap dan meriah la kebab tu nanti. Hehe. Untuk roti pula saya gunakan roti pita. Boleh gantikan dengan roti biasa jika tiada roti pita. Bahan sos untuk hiasan pula saya hanya gunakan cili sos dan mayonis. Korang boleh tambahkan sos mustard, sos keju, sos cili thai atau sebagainya mengikut selera dan kesukaan masing-masing.
Korang boleh tengok video yang saya sediakan di atas sebelum cuba membuat resepi kebab ini supaya lagi mudah dan senang faham cara membuatnya. Kalau nak resepi lain yang lebih sedap, mudah, best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami dan jangan lupa like Facebook kami yea.
Bahan-bahan kebab:
- 150 gm Daging Lembu
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
- 2 ulas Bawang Putih (Perap daging selama 2 jam)
- Roti Pita
- 1 sb Sos Lada Hitam
- 1 sb Sos Tiram
- 30 gm Bawang Holland
- 30 gm Lobak Merah
- 30 gm Timun
- 2 sb Sos Cili
- 40 gm Buah Tomato
- Mayonis
Cara-cara membuat kebab:
- Campurkan daging dengan garam, serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
- Sementara itu, bakarkan sekejap roti pita di atas kuali. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian, masukkan daging yang telah diperap tadi ke dalam kuali dan gorengkan sebentar.
- Tambahkan sos lada hitam dan sos tiram. Kacau rata.
- Masukkan pula bawang holland, lobak merah, timun, sos cili serta buah tomato. Kacau lagi sehingga masak.
- Selepas itu, ambil roti pita dan sapukan mayonis di dalamnya kemudian masukkan inti daging tadi.
- Akhir sekali, tuangkan sos cili dan mayonis di atas roti pita sebagai hiasan. Siap! Selamat mencuba.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo