Bulgogi (Resepi Daging Korea BBQ)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bulgogi atau korean BBQ adalah salah satu resepi yang sangat popular di Korea. Ada pelbagai cara untuk membuat bulgogi ni. Tapi hari ini saya nak kongsikan resepi bulgogi yang mudah dan simple supaya korang semua senang nak buat. Hehe.

Biasanya resepi bulgogi ni diperbuat daripada daging. Tapi kalau korang tak suka makan daging boleh juga diganti dengan ayam. Daging dan bahan-bahan perapan yang dicampurkan perlu diperap selama sekurang-kurangnya 3 jam atau jika ingin rasa yang lebih sedap korang boleh perap daging semalaman.

Daging yang digunakan untuk membuat bulgogi ni mesti la daging yang lembut atau di panggil daging ‘batang pinang’ supaya apabila di goreng daging akan cepat lembut dan tidak liat. Potong daging senipis yang mungkin supaya cepat lembut apabila dimasak. Caranya, jangan biarkan daging terlalu lembik semasa menghiris daging. Biarkan daging keras sedikit sebab daging yang keras lebih senang untuk dihiris. Jika daging dah lembik, boleh masukkan ke dalam peti sejuk beku sekejap untuk bagi daging keras sedikit.

Kombinasi rasa masin, manis, sedikit masam dari cuka dan minyak bijan serta ditambah pula dengan bahan-bahan lain, membuatkan rasa bulgogi ini sangat sedap hingga membuatkan korang rasa seperti makan di restoran Korea. Hehe. Korang wajib cuba resepi bulgogi ni tau. Kalau nak resepi daging yang lain, boleh cuba buat lamb chop ni. Siap dengan resepi sos blackpepper yang mengancam. Nak makan terus macam tu je pun sedap, makan dengan nasi putih pun sedap. So, selamat mencuba!

Sebelum cuba resepi bulgogi ni, boleh tengok dulu video yang saya sediakan kat atas ni. Lebih senang nak faham kalau tengok video. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami jangan lupa like Facebook kami juga yea.

Bahan-bahan bulgogi:

  • 1/2 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia
  • 3 sb Kicap Manis
  • 1 sb Gula Perang
  • 1 sk Emping Cili
  • 1/2 sk Garam
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • 1/2 sk Cuka
  • 250 gm Daging Lembu
  • 1/2 biji Bawang Holland
  • 1/2 sb Minyak Bijan
  • 1 sb Bijan
  • Daun Bawang

Cara-cara membuat bulgogi:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kicap manis, gula perang, emping cili, garam, serbuk lada hitam dan cuka.
  2. Kemudian, campurkan bahan yang dikisar bersama-sama daging dan gaul sehingga rata.
  3. Masukkan bawang holland dan minyak bijan. Kacau sebentar.
  4. Perap daging selama 3 jam. (Untuk rasa yang lebih sedap boleh perap daging semalaman).
  5. Selepas itu, goreng daging dengan sedikit minyak sehingga kering.
  6. Tambahkan daun sup dan bijan yang telah disangai. Kacau sebentar dan boleh dihidangkan.

bulgogi
bulgogi
bulgogi

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo