Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan resepi ayam masam manis. Selalunya saya gunakan ikan untuk resepi masam manis ni. Isi ikan dori atau isi ikan siakap antara ikan yang sesuai dan sedap untuk di buat resepi masam manis. Tapi kali ini saya nak gunakan ayam pula sebab anak-anak saya lebih menggemari ayam berbanding ikan.
Dalam resepi ni saya goreng ayam menggunakan tepung jagung supaya kuahnya nanti menjadi lebih pekat. Boleh juga goreng ayam menggunakan tepung goreng segera ataupun sekadar gunakan garam dan kunyit sahaja. Kalau gunakan garam dan kunyit sahaja korang boleh tambahkan sedikit bancuhan air tepung jagung semasa memasak untuk memekatkan kuahnya.
Bahan-bahan boleh disesuaikan mengikut selera dan citarasa masing-masing. Untuk sayur saya hanya gunakan buah tomato dan kacang pis sahaja sebab sayur tu je yang ada stok dekat rumah. Hehe. Korang boleh tambahkan sayur lain seperti baby corn, lobak merah atau cili benggala (capscicum) jika suka. Boleh juga campurkan sedikit perahan lemon untuk membangkitkan lagi rasa masam dalam masakan ni. Selain ayam, resepi ini juga boleh digunakan untuk memasak daging masam manis. Kalau nak tengok resepi untuk ikan, boleh tengok resepi ikan sweet sour ni.
Boleh tengok video yang saya sediakan di atas untuk lebih mudah dan senang faham cara membuat ayam masam manis ni. Kalau nak resepi lain yang lebih lazat dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami dan jangan lupa like Facebook kami yea.
Bahan-bahan ayam masam manis:
Bahan untuk menggoreng ayam
- 250 gm Ayam (dipotong dadu)
- 3 sb Tepung Jagung
- Garam
- Lada Sulah
Bahan lain
- 1 biji Bawang Merah
- 2 ulas Bawang Putih
- 1/2 inci Halia
- 1 sb Cili Kering Kisar
- 2 sb Sos tomato
- 3 sb Sos Cili
- Air
- Gula
- Garam
- 1/2 biji Buah Tomato
- 1/4 cawan Kacang Pis
- 1 biji Cili Merah
Cara-cara membuat ayam masam manis:
- Gaul ayam bersama tepung jagung, garam dan lada sulah sehingga rata.
- Kemudian, goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Tambahkan cili kering kisar dan kacau sebentar.
- Selepas itu, masukkan sos tomato, sos cili dan air. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
- Akhir sekali, masukkan ayam, buah tomato, kacang pis, cili merah yang telah dipotong dan kacau sehingga rata. Siap! Angkat dan sedia untuk dihidang.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo