Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ini saya nak kongsikan resepi ikan bakar sambal berempah. Rasa macam dah bosan pulak asyik makan ayam dengan daging je sebab anak-anak saya kurang gemar makan ikan. Tapi bila saya masak ikan bakar sambal berempah ni anak-anak saya sangat suka dan sedap mereka kata. Hehe.
Ikan bakar sambal berempah ni memang wajib korang cuba. Resepi ikan ni memang hidangan pembuka selera. Rasa kuahnya yang seimbang pedas, masin, manis dan masam membuatkan hidangan ini sangat unik dan enak untuk dinikmati. Dalam resepi ini saya menggunakan ikan siakap. Boleh juga gunakan ikan lain seperti ikan kerapu atau ikan talapia merah jika suka. Sambal rempah ini perlulah di masak sehingga pecah minyak dan garing untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Bahan-bahan seperti cili, garam, gula dan air limau boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing. Ikan ini boleh dibalut menggunakan daun pisang untuk menggantikan aluminium foil. Daun pisang akan membangkitkan lagi aroma pada hidangan ini. Ikan ini boleh dibakar samada menggunakan oven, dapur biasa atau dapur arang. Ikan bakar sambal berempah ini juga sesuai dihidangkan dengan nasi putih lebih-lebih lagi semasa panas-panas. Satu lauk ni je dah cukup untuk membuatkan korang makan nasi sampai licin pinggan. Hehe. Ok, apa tunggu lagi jom kita buat resepi ni!
Eh, tapi sebelum korang cuba buat resepi ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk like Facebook kami yea.
Bahan-bahan ikan bakar sambal berempah:
- 2 biji Bawang Besar
- 3 ulas Bawanng Putih
- 1 inci Halia
- 1/2 inci Lengkuas
- 1 sudu besar Udang Kering
- 3 batang Serai
- 10-15 tangkai Cili Kering
- 3 helai Daun Limau Purut
- 2 tangkai Cili Besar Merah
- Air
- Gula
- Garam
- Air Limau Kasturi
Cara-cara membuat ikan bakar sambal berempah:
- Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, udang kering, serai, cili kering, daun limau purut dan cili besar merah dengan air sehingga halus.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan kacau rata.
- Masukkan gula, garam dan air limau kasturi secukupnya dan tumis lagi sambil kacau hingga betul-betul garing dan pecah minyak (pastikan api perlahan supaya sambal rempah tidak hangit).
- Kemudian, tuangkan sambal rempah tadi ke atas ikan dan balut dengan aluminum foil atau daun pisang.
- Bakar ikan pada suhu 170°C selama 20-30 minit atau sehingga ikan masak. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo