Sardin Kacang Panggang Ala Tunku Azizah Yang Unik Dan Sedap

Assalamualaikum. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang diinspirasikan daripada Tunku Azizah di Instagram beliau. Sebenarnya saya takde idea nak masak apa untuk lunch hari ni. Bila scroll instagram ternampak pula Tunku Azizah masak sardin kacang panggang ni. Nampak senang dan sangat menyelerakan. Sebab tu la saya nak cuba buat resepi ni. Hehe. Sebenarnya banyak lagi resepi dan masakan menarik yang Tunku Azizah pernah kongsikan dalam Instagram beliau, semuanya nampak sedap dan menarik. Tunku Azizah ni memang terkenal dengan kehandalannya memasak dan beraksi di dapur dan beliau juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu masakan beliau kepada rakyat jelata. Jadi saya juga teruja nak cuba resepi beliau. Hehehe.

sardin kacang panggang

Berbalik kepada resepi sardin kacang panggang tadi, resepi ni bukan la saya buat exactly macam Tunku Azizah buat, tapi saya masak sardin seperti biasa cuma ada tambahan kacang panggang di dalamnya. Actually ada pelbagai cara untuk memasak sardin ni. Saya buat resepi yang paling simple cara saya. Dalam resepi ni saya hanya hiris bawang merah, bawang putih dan cili padi untuk di tumis. Tapi korang boleh tumbuk atau kisar bahan-bahan tu ikut la selera masing-masing. Cili padi boleh digantikan dengan cili kering kisar jika suka. Kentang juga boleh digantikan atau ditambah dengan sayuran lain seperti tomato atau sebagainya.

Resepi sardin yang lain

Hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi goreng ataupun roti untuk sarapan pagi. Rasa sardin kacang panggang ini lain daripada yang lain dan sangat sedap. Kami sekeluarga amat menggemarinya. Lepas ini korang boleh cuba pulak resepi ni okay. Antara resepi lain menggunakan sardin yang pernah saya buat sebelum ni ialah masak lemak sardin bersama kangkung, kari sardin yang dimasak tanpa menggunakan santan, roti sardin cheese dan macak-macam lagi. Selamat mencuba.

Tapi sebelum korang cuba buat resepi sardin kacang panggang ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan sardin kacang panggang:

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Kentang
  • Sardin Dalam Tin
  • Air
  • Perahan Air Limau
  • Garam
  • Tomato
  • Kacang Panggang Dalam Tin

Cara-cara untuk membuat sardin kacang panggang:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Tambahkan kentang yang di potong dadu. Kacau sehingga sedikit garing.
  3. Masukkan sardin dan tambah air sedikit demi sedikit sehingga kentang empuk/lembut.
  4. Kemudian, masukkan perahan air limau serta garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan tomato dan kacang panggang. Gaul sebati kesemuanya. Siap!
sardin kacang panggang
sardin kacang panggang
sardin kacang panggang

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo