Bubur Nasi Ayam Sedap Macam MCD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ni rasa macam tak nak makan nasi sebab kurang sihat. Tapi kalau tak makan nanti lapar pulak. Hehe. So saya decide nak masak bubur nasi ayam je la untuk hari ni. Kalau masak bubur nasi anak-anak dan suami pun boleh makan sekali. Tak payah nak masak makanan yang lain untuk diaorang. Nanti semua boleh join makan sekali. Hehehe.

Ada terdapat pelbagai cara untuk menyediakan bubur nasi ayam ni tapi secara asasnya, bahan-bahan yang diperlukan hanyalah ayam, halia dan juga sedikit garam atau bahan perasa. Boleh tambahkan pelbagai lauk dan sayuran yang lain seperti udang, isi ketam, daging atau sebagainya ikut selera masing-masing. Untuk resepi ni saya makan bubur nasi ayam ni bersama ikan bilis, bawang dan cili padi yang telah digoreng. Korang boleh juga makan bubur nasi ayam ni bersama telur masin, ikan masin, sayuran malahan bubur nasi ini sesuai di makan dengan apa sahaja jenis lauk, terpulang kepada citarasa masing-masing. Jika inginkan bubur nasi ayam yang pedas korang boleh juga makan dengan sambal tumis ataupun ikan bilis cili padi yang saya pernah buat ni. Mesti sedap rasanyakan! Yummyy.. Hehehe.

Selain itu, bubur nasi juga sedap dimasak bersama santan untuk menambahkan rasa lemak. Dalam resepi ni, saya letakkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma bubur ayam. Korang mesti cuba resepi ni tau, sebab rasa bubur ni dah macam bubur ayam mcd. Hehe. So, korang tak payah susah-susah lagi nak pagi beli bubur ayam mcd kat luar tu sebab dah pandai buat sendiri. Hahaha. Okay, selamat mencuba!

Bahan-bahan bubur nasi ayam:

  • Dada Ayam
  • Garam
  • 1 Cawan Beras
  • Halia
  • Stok Ayam
  • Garam (jika perlu)
  • Minyak Bijan
  • Ikan Bilis
  • Bawang
  • Cili Padi

Cara-cara untuk membuat bubur nasi ayam:

  1. Rebus dada ayam sehingga masak. Angkat, carik dan ketepikan.
  2. Rebus dan masak beras bersama air. Boleh tambah air sedikit demi sedikit sehingga beras menjadi bubur.
  3. Kemudian, tambahkan halia, stok ayam dan garam jika perlu.
  4. Bubur hendaklah dikacau sentiasa untuk mengelakkan daripada berkerak.
  5. Masukkan ayam yang telah direbus dan di carik tadi. Kacau lagi hingga sebati.
  6. Masukkan pula minyak bijan dan kacau rata. Tutup api dan angkat.
  7. Dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing dan masukkan bawang besar dan cili padi yang telah dihiris dan goreng kesemuanya hingga garing.
  8. Hidangkan bubur nasi bersama ikan bilis, bawang dan cili padi yang telah di goreng tadi dan boleh hiaskan dengan daun sup, bawang goreng dan cili besar merah yang di hiris jika suka. Siap!
Bubur Nasi Ayam
Bubur Nasi Ayam
Bubur Nasi Ayam
Bubur Nasi Ayam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo