December 1, 2020

Cheesy Mashed Potato Pancake Bekal Anak Ke Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Cerita anak saya semalam bila balik dari sekolah, dia bagitahu saya yang dia dah boring asyik makan makanan yang sama saja di kantin sekolah. Anak saya meminta saya untuk menyediakan bekal untuk di bawa ke sekolah pada keesokan harinya. Jadi saya pun google la resepi yang sesuai dengan selera anak dan mudah untuk di buat. So, saya jumpa la resepi cheesy mashed potato pancake ni.

Resepi ni memang sangat senang untuk disediakan dan sesuai untuk anak saya. Ianya menggunakan kentang yang direbus dan di lecek hingga hancur. Salah satu bahan yang dicampurkan ke dalam resepi ni adalah keju, saya gunakan keju cheddar. Korang boleh tambah keju lain seperti mozarella dan bahan lain seperti bawang besar yang di dadu, lobak merah, daun sup, cili yang di hiris halus jika sukakan pedas atau sebagainya. Tapi saya tak letak sebab anak saya tak makan pedas. Hehe.

Cheesy mashed potato pancake ni saya bentukkan bulat supaya senang anak saya nak makan dan boleh juga di buat sebagai ganti kepada daging burger yang dimakan bersama roti. Ianya boleh di makan begitu sahaja atau sedap juga kalau di cicah bersama mayonis ataupun cili sos. Cheesy mashed potato ini boleh di frozenkan supaya senang untuk ibu-ibu yang bekerja sebab kalau nak makan tinggal gorengkan sahaja. Mudah bukan? Hehe.

Resepi ini juga sesuai untuk sarapan dan kudapan sihat untuk anak-anak. Anak saya sangat sukakannya dan kalau boleh nak bawak selalu bekal cheesy mashed potato pancake ni katanya. Hahaha. Ada beberapa lagi resepi kentang yang sedap dan sesuai untuk anak yang pernah saya kongsikan sebelum ni seperti tauhu begedil, jejari kentang dan sebagainya.

Sebelum korang cuba buat cheesy mashed potato ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan untuk cheesy mashed potato pancake:

  • 450 gm Kentang
  • 1 sb Garam
  • 2 sb Mentega
  • 1 cawan Keju Cheddar/Mozarella
  • 1/4 cawan Tepung Gandum
  • 1 biji Telur
  • 1 sk Garam
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • Daun Bawang
  • Serbuk Roti

Cara-cara membuat cheesy mashed potato pancake:

  1. Rebus kentang bersama garam sehingga lembut/empuk.
  2. Lecek/lenyek kentang sehingga hancur.
  3. Masukkan mentega kacau hingga rata.
  4. Kemudian masukkan keju, tepung gandum, telur, garam, serbuk lada hitam dan daun bawang. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Scoopkan adunan kentang kemudian leperkan adunan supaya menjadi bentuk bulat.
  6. Salutkan adunan kentang dengan serbuk roti secukupnya.
  7. Akhir sekali, goreng adunan kentang dalam minyak yang sedikit sehingga kuning keemasan. Angkat dan siap!

Nota:

  • Selain di rebus kentang juga boleh di kukus sehingga lembut/empuk.
cheesy mashed potato pancake
cheesy mashed potato pancake
cheesy mashed potato pancake
cheesy mashed potato pancake

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

%d bloggers like this: