Sup Ayam Sedap Serta Tips Untuk Pekatkan Kuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Apa khabar semua? Semoga korang semua sihat hendaknya. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi mudah iaitu sup ayam yang pekat dan sedap. Saya juga akan kongsikan tips untuk memekatkan kuah sup ayam ni. Saya pasti semua orang menggemari sup ayamkan? Lebih-lebih lagi kalau kuahnya pekat mesti lagi sedap la sup kita tu. Betul tak? Hehehe.

sup ayam

Actually, ada pelbagai cara untuk membuat sup ayam ni. Ada yang menggunakan sup bunjut untuk membuat sup. Namun, dalam resepi ini saya menggunakan rempah sup yang di campur dengan rempah kurma untuk mendapatkan rasa sup yang lebih sedap. Rempah-rempah ini mesti la di tumis sehingga garing sebelum memasukkan air untuk di jadikan kuah sup. Tips untuk memekatkan kuah pula adalah dengan memasukkan kentang yang telah direbus dan di kisar halus ke dalam kuah. Kuah akan menjadi lebih pekat dan lebih sedap. Dalam resepi ini saya tambahkan kentang dan lobak merah sebagai sayurannya. Korang boleh tambahkan batang seleri, tomato atau apa sahaja yang sesuai mengikut citarasa dan selera masing-masing. Jika inginkan rasa yang pedas korang boleh tambahkan cili padi yang diketuk.

Resepi sup ini juga sesuai di masak bersama daging. Tapi pastikan daging direbus sehingga empuk dahulu. Baru la sedap nak makan nanti. Hehe. Hidangan sup ayam ini sesuai di makan bersama nasi putih, mee, kuey teow ataupun bihun. Korang boleh perahkan sedikit limau kasturi sebelum menghidangkannya untuk menambahkan aroma dan kelazatannya. Sup ayam ini juga boleh dihiaskan dengan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng. Selamat mencuba.

Youtube dan Facebook

Kalau korang nak senang faham cara membuat sup ayam ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan sup ayam:

  • 1 biji Kentang
  • Air
  • 2 ulas Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia
  • 2 biji Bunga Lawang
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 biji Buah Pelaga
  • 3 biji Bunga Cengkih
  • 2 sudu besar Rempah Sup
  • 1 sudu besar Rempah Kurma
  • (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
  • 1/2 ekor Ayam
  • Air Secukupnya
  • 1 Kuib Ayam
  • Garam
  • Kentang
  • Lobak Merah

Cara-cara untuk membuat sup ayam:

  1. Rebus kentang sehingga empuk, kemudian toskan dan kisar halus. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau rata.
  4. Kemudian, masukkan rempah sup dan rempah kurma yang telah di bancuh dengan sedikit air. Kacau dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan ayam dan kacau sebentar sehingga rata.
  6. Kemudian, tambahkan air secukupnya dan masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
  7. Setelah itu, masukkan kentang dan tunggu sehingga kuah mendidih.
  8. Akhir sekali, masukkan lobak merah dan kentang yang telah dikisar tadi dan masak sehingga kentang dan lobak merah empuk. Siap!
Sup Ayam
Sup Ayam
Sup Ayam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top