Assalamualaikum. Hi semua. Cuaca sangat panas di luar beberapa hari ni. Masih terasa bahang kepanasan walaupun dah sampai di rumah. Tadi saya pergi ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur dan keperluan. Bila cuaca panas begini tekak ni terasa ingin makan sesuatu yang sejuk, manis dan menyegarkan. Jadi saya pun pergi ke dapur dan terfikir untuk sediakan pencuci mulut yang sangat mudah dan senang untuk dibuat iaitu air koktel agar-agar. Memandangkan semua bahan yang diperlukan ada di dapur, jadi tanpa melengahkan masa lagi saya terus membuatnya. Resepi ini sangat mudah dan sesiapa sahaja boleh cuba membuatnya.
Selalunya koktel ni saya buat guna puding kastard dan juga kuah kastard yang di masak. Saya pernah kongsikan resepinya di sini _____ sebelum ini. Tapi kali ni saya nak buat yang senang je hanya guna agar-agar dan kuahnya pula saya cuma gunakan susu cair. Agar-agar juga boleh digantikan dengan jelly atau sumi kalau suka. Boleh juga campurkan sekali pelbagai jenis buah-buahan segar ataupun boleh tambahkan buah-buahan dalam tin seperti laici, longan, nata de coco, peach, jagung manis atau sebagainya untuk menambahkan lagi kesedapannya.
Agar-agarnya pula saya buat bewarna-warni supaya nampak lebih cantik dan menarik untuk di makan. Jika korang tidak suka guna banyak warna, boleh buat satu warna sahaja. Jika suka agar-agar yang berperisa pula boleh tambahkan perisa epal, strawberi, anggur, sirap, oren dan lain-lain semasa meletakkan pewarna ke dalam agar-agar. Air koktel agar-agar ini sangat sesuai dihidangkan sejuk dan sesuai juga untuk di jadikan sebagai hidangan dimajlis harijadi atau keramaian. So, apa tunggu lagi, korang kena la cuba buat resepi yang mudah ni, okay. Selamat mencuba!
Tapi sebelum korang cuba buat air koktel agar-agar ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara penyediaan dan membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa juga untuk follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-Bahan Air Koktel Agar-Agar:
- 3 ½ Cawan @ 875ml Air
- 10 gram Serbuk Agar Agar
- ½ Cawan @ 100 gram Gula
- Pewarna Makanan
- Susu Cair
- Susu Pekat Manis
- Ais
- Koktel Buah-Buahan
Cara-Cara Untuk Membuat Air Koktel Agar-Agar:
- Masak serbuk agar-agar bersama air. Kacau hingga agar-agar larut.
- Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan angkat.
- Asing dan bahagikan agar-agar ke dalam beberapa mangkuk kecil dan letakkan pewarna makanan yang disukai. Kacau sehingga rata dan sebati.
- Masukkan agar-agar ke dalam peti ais sehingga agar-agar keras sepenuhnya.
- Apabila agar-agar sudah keras, keluarkan dari acuan dan potong menjadi kiub-kiub kecil. Ketepikan.
- Masukkan susu cair ke dalam mangkuk dan juga susu pekat ikut kemanisan yang disukai. Kacau rata.
- Tambahkan ais dan koktel buah-buahan serta agar-agar tadi. Kacau dan siap untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo