Hi semua assalamualaikum. Untuk resepi kali ni, saya nak kongsikan resepi yang berasaskan ayam iaitu ayam bakar madu yang sangat sedap dan mudah untuk disediakan. Selain ayam bakar madu ni, saya juga pernah kongsikan resepi ayam bakar mayonis. Saya pasti korang semua tentu suka makan ayam bakar madukan? Begitu juga la dengan family saya especially anak-anak saya, semuanya suka sangat makan ayam bakar madu ni. Bila saya masak ayam ni sekali hadap je habis orang kata. Hehehe.. Makan atau ratah macam tu je dah sedap dah ayam bakar madu ni. Kalau cicah dengan mayonis dan cili sos lagi la bertambah sedapnya.
Cara untuk membuat ayam bakar madu ni mudah dan bahan-bahannya pun simple je. Cuma menggunakan bahan asas yang ada kat rumah, dah boleh dapat ayam bakar yang macam kat domino’s tu. Tak payah susah-susah nak pergi domino’s lagi kalau dah boleh buat sendirikan. Haha. Ayam perlu di perap lebih lama untuk memastikan semua bahan sos yang dicampurkan meresap ke dalam ayam. Ini akan menjadikan ayam lebih sedap. Gula perang boleh digantikan dengan gula putih biasa. Dalam resepi ni saya anggarkan bahan untuk 8 ketul ayam je. Kalau korang nak buat lebih gandakan sahaja bahan-bahannya.
Biasanya kalau buat ayam bakar madu, ada orang yang gunakan bahagian kepak sahajakan, saya gunakan semua bahagian ayam yang ada. Ini terpulang pada citarasa dan selera masing-masing, nak guna bahagian yang mana pun boleh je. Kalau anak saya lebih suka bahagian peha. Hehe.. Ayam bakar madu ni saya bakar di dalam oven, kalau tak ada oven, boleh juga dipangggang di atas dapur biasa ataupun menggunakan dapur arang. So apa tunggu lagi, korang kena cuba buat resepi ni tau.. Kalau dah cuba resepi ayam bakar madu saya ni, confirm tak cari resepi lain. Hahaha. Selamat mencuba!
Saya ada sediakan video ayam bakar madu kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru yang mudah, sedap dan memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Ayam Bakar Madu:
- 600gm ayam ( ± 8 ketul ayam )
- 2 sudu besar mentega
- ¼ cawan sos cili
- ¼ cawan sos tomato
- ¼ cawan sos tiram
- 3 sudu besar madu
- 1 sudu besar gula perang
- ½ sudu besar garam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 ulas bawang putih yang di tumbuk
- Sedikit minyak masak
Cara-Cara Untuk Membuat Ayam Bakar Madu:
- Panaskan kuali masukkan mentega, sos cili, sos tomato, sos tiram, madu, gula perang, garam, serbuk cili, lada hitam serta bawang putih dan masak semua bahan sekejap.
- Campurkan bahan yang di masak tadi ke dalam ayam dan gaul sehingga sebati.
- Perap ayam lebih kurang 1 jam atau boleh perap ayam lebih lama untuk lebih sedap.
- Susun ayam di dalam bekas atau loyang yang bersesuaian dan tuangkan sedikit minyak masak ke atas ayam.
- Bakar ayam pada suhu 200°C selama 40 minit.
- Semasa membakar ayam boleh tambah lebihan sos perapan ayam supaya lebih sedap.
- Sambung semula bakar ayam sehingga masak. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo