September 22, 2020
biskut sarang semut

Resepi Tradisi Biskut Sarang Semut Yang Mudah Dan Sedap

Hi semua. Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan salah satu lagi biskut yang menjadi kegemaran keluarga saya ketika hari raya iaitu biskut sarang semut. Biskut sarang semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Biskut ni juga antara biskut wajib yang akan saya buat setiap tahun. Kalau buat sendiri, rasanya akan lebih sedap sebab boleh sesuaikan bahan ikut selera sendiri dan sudah tentu lebih jimatkan.  Hehehe. Lebih-lebih lagi bagi yang ada keluarga yang ramai. Kalau nak beli biskut raya sekarang ni harganya boleh tahan juga. Jadi, kalau ada kelapangan dan bahan-bahannya apa kata kalau cuba buat sendiri biskut kegemaran masing-masing seperti biskut sarang semut ni.

biskut sarang semut
Tengok video ini untuk cara mudah penyediaan resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan untuk membuat biskut ni tidak banyak dan cara untuk membuat doh biskut ni juga sangat mudah. Boleh gunakan whisk atau senduk kayu sahaja untuk pukul adunan sebab adunannya tak perlu dipukul lama sampai kembang. Doh biskut ini perlu diparut untuk mendapatkan doh yang halus-halus seperti sarang semut. Mungkin sebab itulah biskut ini dipanggil sarang semut. Hehehe. Campuran tepung jagung dan juga tepung kastard dalam resepi ini menjadikan biskut ini lembut dan rangup apabila di makan. Gunakan mentega premium untuk hasilkan biskut yang lebih sedap. Untuk hiasannya pula boleh gunakan coklat urai, gula manik atau sebagainya mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video cara penyediaan biskut sarang semut kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, mudah dan menarik di situ dan jangan lupa juga untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Biskut Sarang Semut:

  • ½ Cawan Gula Kastor (100 gram)
  • 250 gram Mentega
  • 1 Kuning Telur
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • Pewarna Makanan
  • 2 Cawan Tepung Gandum (250 gram)
  • 1 ¼ Cawan Tepung Kastard (155 gram)
  • ¾ Cawan Tepung Jagung (95 gram)

Cara-Cara Untuk Membuat Biskut Sarang Semut:

  1. Pukul gula kastor dan mentega sehingga sebati sahaja. Tak perlu pukul sampai kembang.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanilla serta pewarna makanan dan pukul lagi hingga rata kesemuanya.
  3. Masukkan pula tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung dan pukul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  4. Kemudian, ambil sedikit doh dan parut doh menjadi halus.
  5. Sudukan doh ke dalam cawan kertas menggunakan garfu supaya doh tidak mudah hancur dan patah. Ulangi langkah ini sehingga doh habis.
  6. Taburkan hiasan kesukaan di atas biskut.
  7. Panaskan oven dan bakar biskut pada suhu 160°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga kekuningan mengikut oven masing-masing. Siap!

TIPS: Doh yang telah diparut perlu diletak penuh-penuh di dalam cawan kertas sebab ianya akan turun semasa dibakar.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
%d bloggers like this: