June 6, 2020

Resepi Terbaru


Biskut Semperit Susu

biskut semperit susu

Hi semua assalamualaikum. Hari ni saya akan kongsikan resepi biskut semperit susu yang rangup bila digigit dan cair dimulut. Tepung jagung akan menjadikan biskut ni cair dimulut dan tepung kastard pula akan memberikan tekstur sedikit rangup untuk biskut ni. Kalau nak jenis cair dimulut je, boleh skip tepung kastard dan lebihkan tepung jagung 1/4 cawan. Biskut ni antara salah satu biskut yang menjadi jualan mak saya masa dulu. Tapi dia panggil kuih bunga cina. Mungkin sebab warnanya yang putih. Hehe. Tapi sekarang kuih ni dah bermacam-macam warna. Boleh letak sikit perwarna di dalam doh dan uli sekata. Kemudian masukkan beberapa doh yang berwarna di dalam acuan dan terap seperti biasa. Selamat mencuba.

biskut semperit susu
Tengok video ini untuk cara mudah menghasilkan Biskut Semperit Susu

Bahan-Bahan

  • 1 Cawan Susu Pekat Manis
  • 250 gram Mentega
  • 3 Cawan Tepung Jagung
  • ¼ Cawan Tepung Kastard
%d bloggers like this: