July 10, 2020

Resepi Terbaru


Puding Karamel Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap!!

Assalamualaikum. Hi semua. Apa khabar? Dalam entri kali ini saya nak kongsikan satu lagi dessert yang pastinya menjadi kegemaran semua iaitu puding karamel yang super sedap!. Puding karamel ni adalah salah satu makanan yang wajib ada time bulan puasa ni. Cara penyediaannya pun mudah sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan. Rasanya yang lemak manis memang memikat selera dan membuatkan rasa tak sabar untuk menikmatinya. Hehehe.

puding karamel

Saya pernah kongsikan resepi puding karamel sebelum ni korang boleh lihat di sini. Tetapi ada sedikit perbezaan di antara puding karamel kali ini dari yang sebelumnya iaitu dengan menambahkan susu cair ke dalam adunannya selain susu segar. Untuk yang elergik telur atau tidak suka bau telur pula, korang boleh tengok resepi puding karamel tanpa telur ni. Bagi saya, puding karamel ini lebih sedap jika teksturnya lembut sedikit. Kemanisannya pula bergantung kepada citarasa dan selera masing-masing. Korang boleh tambahkan susu pekat untuk rasa yang lebih manis. Untuk menghasilkan puding keremel yang licin dan tidak berlubang pastikan adunan telur dan susu tidak dipukul terlalu kuat dan lama. Adunan juga perlulah ditapis sebelum di masak.

GrabMart

Untuk pengetahuan korang saya membeli susu segar melalui GrabMart dan saya menggunakan promo “RAYAMART” untuk dapatkan 30% off. Dengan adanya GrabMart lebih mudah untuk membeli barang-barang. Terdapat bermacam-macam store dan banyak pilihan barang-barang di GrabMart. Korang tak perlu lagi susah-susah untuk keluar rumah membeli barang-barang dan ini dapat menjimatkan masa. Hanya pilih dan bayar sahaja barang-barang yang korang perlukan. Delivery pun cepat tak sampai 1 jam barang-barang yang di order akan sampai ke depan pintu rumah anda! Senang bukan?? Hehe..

Berbalik kepada puding karamel tadi, saya nak ingatkan di sini, korang perlu berhati-hati semasa memasak dan mencairkan gula karamelnya kerana jika gula itu hangus maka ianya akan menjadi pahit dan rasa puding ini tidak sedap. Api perlu di awasi selalu, supaya gula karamel tidak hangus. Penggunaan air panas selepas mencairkan gula karamel pula bertujuan supaya gula tidak mudah mengeras semasa dituang ke dalam acuan. Saya bakar puding karamel ini menggunakan teknik waterbath. Namun jika tiada oven, korang boleh juga kukus puding ni. Puding karamel ini sedap di makan semasa sejuk. Kami sekeluarga memang sangat menggemarinya. So, kalau korang juga menyukainya, jom kita buat. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat puding karamel ni apa kata korang tengok dulu video yang telah saya sediakan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa like dan follow Facebook kami yea.

Bahan-bahan puding karamel:

  • ½ Cawan Gula
  • 4 Sudu Besar Air Panas
  • 4 Biji Telur
  • 1 Cawan Susu Segar
  • 1 Cawan Susu Cair
  • ½ Cawan Susu Pekat Manis
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila

Cara-cara untuk membuat puding karamel:

  1. Cairkan gula di dalam kuali sehingga keperangan. Gunakan api yang kecil supaya gula tidak hangit.
  2. Masukkan air panas dan kacau gula sehingga cair sepenuhnya.
  3. Segera masukkan gula karamel ke dalam acuan yang sesuai dan ratakan keseluruhan dasar acuan. Ketepikan.
  4. Pukul telur perlahan sahaja. Jangan sampai kembang.
  5. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair, susu pekat manis serta esen vanila dan pukul sekejap sahaja. Tapiskan adunan.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.
  7. Tutup permukaan acuan dengan aluminum foil.
  8. Bakar menggunakan teknik waterbath pada suhu 150°C selama 40 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Boleh terus cairkan gula di dalam loyang yang besar.
  • Jika gunakan loyang yang besar, lebihkan masa membakar atau mengukus.
Puding Karamel
Puding Karamel
Puding Karamel
Puding Karamel

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.https://www.youtube.com/embed/videoseries?list=PLX3hq_tfjAFsiuGr1GTJgpuh2XJymhPit&hl=en_US

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo