Cempedak Goreng Dan Tips Tepung Goreng Rangup Krup Krap

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Resepi yang saya nak kongsikan kali ni adalah resepi yang sangat senang iaitu cempedak goreng. Ada sesiapa penggemar cempedak tak kat sini? Sila angkat tangan. Hahaha. Kalau ada, sama la macam saya penggemar cempedak tegar. Tak kisah la cempedak goreng atau buah cempedak yang fresh tu dua-dua pun saya suka. Hehehe.

Cempedak ni memang sedap jika di goreng. Tapi sekarang banyak juga cempedak yang telah diinovasikan menjadi bermacam-macam resepi dan masakan selain digoreng. Contohnya seperti kerepek cempedak, kek cempedak, aiskrim cempedak dan sebagainya. Semuanya berasaskan cempedak yang tak kurang sedapnya.

Berbalik kepada resepi cempedak ni tadi, actually ada pelbagai cara dan resepi nak buat bancuhan tepung untuk menggoreng cempedak ni. Di sini saya kongsikan cara dan tips untuk mendapatkan cempedak goreng yang rangup krup krap, krup krap cara saya. Hehe. Tipsnya ialah dengan memasukkan beberapa sudu minyak masak yang telah dipanaskan ke dalam bancuhan tepung dan juga dengan menambahkan tepung beras. Bancuhan tepung ini juga boleh digunakan untuk menggoreng pisang, keledek, keladi, kentang dan bermacam-macam lagi. Kalau nak salutan tepung yang tebal, boleh bancuh tepung pekat sedikit. Kalau nak salutan yang nipis pula boleh cairkan sedikit bancuhan tepung ni. Korang boleh cuba buat bancuhan tepung ni yea, pasti tak akan menyesal. Hehe.

Tapi sebelum korang cuba buat cempedak goreng ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan cempedak goreng:

  • 1 cawan @125 gram Tepung Gandum
  • 1/3 cawan @ 42 gram Tepung Beras
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • 1 cawan @ 250 ml Air
  • 3 sudu besar Minyak Masak Panas
  • Cempedak

Cara-cara untuk membuat cempedak goreng:

  1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati sehingga mendapat bancuhan yang sesuai.
  3. Sambil bancuh adunan tepung, boleh panaskan minyak untuk menggoreng cempedak nanti.
  4. Bila bancuhan tepung telah sebati, masukkan minyak yang telah dipanaskan tadi dan kacau rata.
  5. Kemudian ambil cempedak dan celupkan ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
  6. Boleh juga asingkan biji cempedak dahulu, kemudian celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!

Cempedak Goreng
Cempedak Goreng
Cempedak Goreng
Cempedak Goreng

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo