Daging Masak Merah Ala Thai Macam Kedai Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Menu yang saya nak sediakan untuk hari ni ialah daging masak merah ala Thai. Menu ni antara menu yang popular terumatanya kedai masakan Thailand. Jika pergi ke kedai masakan Thailand saya dan suami selalu order daging masak merah ni kerana ianya menjadi salah satu menu kegemaran kami. Ada beberapa lagi resepi daging yang pernah saya kongsikan sebelum ini disini seperti daging masak hitam, daging blackpepper, bulgogi (daging masak Korea) dan macam-macam lagi.

Berbeza dengan daging masak merah di Malaysia, resepi ala Thai ni dagingnya direbus dengan pewarna merah untuk menaikkan lagi warnanya dan daging akan nampak lebih menarik. Pilihan daging juga memainkan peranan penting dalam hidangan ini. Daging batang pinang adalah pilihan yang paling sesuai digunakan kerana ianya tidak liat dan lebih cepat empuk berbanding daging bahagian lain. Jika daging empuk dan tidak liat, maka hidangan ini akan jadi lebih sedap. Pelbagai jenis sayuran boleh ditambah ke dalam hidangan ni seperti bunga kobis, lobak merah, brokoli atau sebagainya jika suka.

Daging masak merah ni sedap dimakan bersama nasi putih mahupun nasi goreng. Kalau di kedai masakan Thailand daging masak merah ala Thai ini dihidangkan bersama nasi goreng USA yang di makan bersama telur goreng. Jadi, korang boleh pilih nasi yang korang suka mengikut citarasa dan selera masing-masing. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara memasak daging masak merah ala Thai kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara penyediaan dan memasaknya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best, mudah serta memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan daging masak merah ala Thai:

  • 200 gram Daging Lembu
  • Pewarna Makanan Merah
  • Minyak Masak
  • 2 Ulas Bawang Putih (Diketuk)
  • 2 Sudu besar Cili Kering Kisar
  • 1-2 Sudu Besar Sos Cili
  • 1-2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1-2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan
  • 3 Tangkai Cili Padi
  • Air
  • Gula
  • Garam
  • Kacang Panjang
  • Bawang Holland
  • 1 Biji Tomato

Cara-cara untuk membuat daging masak merah ala Thai:

  1. Rebus daging dengan pewarna makanan merah sehingga daging empuk.
  2. Angkat daging dan hiris nipas.
  3. Panaskan minyak, goreng daging sekejap sahaja. Angkat dan ketepikan
  4. Kemudian, tumiskan bawang putih dan cili kering kisar sehingga garing.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau rata.
  6. Tambahkan cili padi dan masukkan lebihan air rebusan daging tadi secukupnya. Tambahkan air biasa jika ingin lebih kuah.
  7. Perasakan dengan gula dan garam. Seimbangkan rasa dan masak kuah sehingga pekat.
  8. Akhir sekali, masukkan daging yang digoreng tadi, kacang, bawang holland dan buah tomato. Kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

daging masak merah
daging masak merah
daging masak merah

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo