Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Kali ini saya nak kongsikan resepi chicken pot pie yang sedap dengan keraknya yang sangat senang dan mudah untuk disediakan. Chicken pot pie ni nampak macam susah nak buat tapi sebenarnya senang je. Bahan-bahan intinya pula terpulang kepada citarasa masing-masing nak letak apa. Yang penting mesti secukup rasa. Actually, lebih sedap kalau korang gunakan stock ayam yang dibuat sendiri tapi untuk resepi kali ini saya guna yang segera je. Hehe. Whipping cream pula boleh digantikan dengan susu penuh krim. Tapi rasa whipping cream lebih sedap berbanding guna susu. Biarkan inti ayam sejuk sebelum dimasukkan ke dalam acuan pie. Boleh gunakan acuan pie yang besar ataupun kecil dan bakar sehingga keperangan bergantung kepada oven masing-masing.
Saya juga kongsikan cara untuk membuat pie crust ataupun kerak pai yang paling mudah. Pie crust ni boleh dibuat lebih awal dan disimpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk. Ianya tahan sehingga 2-3 minggu. Ia juga boleh digunakan untuk membuat pie yang lain seperti blueberry pie, apple pie dan sebagainya. Penggunaan telur dalam crust ni supaya rasanya lebih mewah. Jika tidak mahu menggunakan telur, boleh lebihkan air sejuk. Jangan letak terlalu banyak air untuk mengelakkan crust sukar untuk di uli. Ok, apa tunggu lagi jom kita buat resepi ni. Selamat mencuba!
Saya ada sediakan video chicken pot pie kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuat pie crust serta intinya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru dan mudah yang telah kami sediakan untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan chicken pot pie:
Bahan pie crust:
- 2 1/2 cawan Tepung Gandum
- 1 sb Gula Aising
- 200 gm Mentega (Sejuk)
- 1 biji Telur
- 2-3 sb Air Sejuk
Bahan ayam:
- 250 gm Isi Ayam
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
Bahan inti:
- 3 sb Mentega
- 1/2 biji Bawang Holland
- 3 ulas Bawang Putih
- 3 sb Tepung Gandum
- 1 cawan Kentang
- 1 cawan Lobak Merah
- 1 1/2 cawan Air
- 1 sk Herba Itali
- 1 sk Serbuk Lada Hitam
- 1 sk Garam
- 1 kiub Stok Ayam
- 1 cawan Kacang Pea
- 1/2 cawan Krim Putar Tenusu
Cara-cara untuk membuat Chicken Pot Pie:
- Masukkan tepung gandum dan gula aising ke dalam mangkuk, kacau sebentar. Tambahkan mentega sejuk dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan air sejuk dan uli adunan sehingga menjadi doh.
- Bungkus doh dengan plastik wrap dan sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.
- Sementara itu, boleh sediakan intinya pula.
- Goreng isi ayam dengan garam dan serbuk lada hitam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan mentega di dalam kuali serta bawang holland tumiskan sehingga naik bau.
- Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sedikit kering kemudian tambahkan sedikit air.
- Selepas itu masukkan kentang dan lobak merah.
- Tambah air lagi, masukkan pula herba itali, serbuk lada hitam, garam serta kiub ayam. Kacau sehingga rata dan masukkan pula kacang pea.
- Masukkan krim putar tenusu serta ayam yang telah di goreng tadi dan masak sehingga pekat. Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, keluarkan doh yang telah disejukkan tadi.
- Canai doh lebih kurang setebal 5mm. Masukkan ke dalam acuan pai dan bentukkan mengikut acuan.
- Masukkan inti ayam ke dalam acuan. Kemudian lapiskan 1 lagi lapisan doh ke atas acuan secara berselang seli. Kemaskan sekelilingnya supaya inti tidak melimpah keluar. Boleh rujuk video di atas.
- Sapukan telur ke atas pie crust.
- Bakar pada suhu 200°C selama 30 hingga 35 minit atau sehingga keperangan. Siap untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo