Parmesan Cheese Sticks Rangup Kudapan Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan resepi parmesan cheese sticks yang rangup dan mudah dengan hanya menggunakan kulit puff pastri. Kulit puff pastry ni saya guna yang ready made. Ianya boleh dibeli di mana-mana pasaraya. Selalunya ianya diletakkan di dalam peti sejuk beku area kulit popia atau bahan makanan frozen. Tapi jangan confius dengan kulit popia pulak tau. Sebab dua-duanya macam lebih kurang. So make sure cari betul-betul yang ada tulis puff pastry.

Resepi ini antara resepi yang paling senang yang pernah saya buat kerana hanya menggunakan kulit puff pastri readymade yang boleh didapati di mana-mana pasaraya ataupun di kedai-kedai bakeri. Saya potong kulit puff pastri tersebut secara memanjang dan pintalkan supaya dapat bentuk yang lebih menarik untuk anak-anak makan. Hehe. Bahan-bahan taburan diatasnya pula boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. Parmesan cheese sticks ini juga sedap di makan bersama chicken pot pie soup yang pernah saya kongsikan sebelum ini, korang boleh tengok resepinya di sini.

Parmesan cheese sticks ini memang menjadi kegemaran anak-anak saya sebab ianya sangat rangup dan sedap. Lebih-lebih lagi bila di hidangkan semasa panas-panas. Hidangan ini juga sesuai dijadikan kudapan yang lebih sihat untuk anak-anak berbanding makanan ringan yang ada dekat kedai tu. Hehe. So, apa tunggu lagi, jom kita buat!

Sebelum korang cuba buat parmesan cheese sticks ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan parmesan cheese sticks:

  • Kulit puff pastri
  • Mentega cair
  • Keju Parmesan
  • Garam
  • Serbuk Bawang Putih
  • Herba Itali

Cara-cara untuk membuat parmesan cheese sticks:

  1. Ambil sekeping kulit puff pastri gelekkan sedikit dan potong kepada dua bahagian.
  2. Kemudian, ambil satu bahagian daripada kulit puff pastri tadi dan potong lagi kecil-kecil secara memanjang seperti bentuk jejari atau sticks (boleh rujuk video di atas).
  3. Sapu rata mentega cair di atasnya kemudian taburkan keju, sedikit garam, serbuk bawang putih dan herba itali.
  4. Selepas itu, ambil dan pintalkan satu persatu sehingga habis (sila rujuk video).
  5. Susun di atas dulang pembakar yang dialas dengan baking paper.
  6. Bakar pada suhu 200°C selama 10-12 minit atau sehingga masak. Siap! Boleh dihidangkan.
parmesan cheese sticks
parmesan cheese sticks
parmesan cheese sticks
parmesan cheese sticks

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply