Durian Cheesecake Awesome Rasa Yang Luar Biasa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Siapa penggemar durian kat sini? Kalau korang penggemar durian kita geng! Haha. Saya memang pengemar tegar durian. Kalau musim durian memang rugi rasanya kalau tak beli dan makan durian. Lepas tu pulak kalau ada je apa-apa produk makanan atau minuman yang berasaskan durian, saya mesti nak cuba dan rasa. Hehehe. Bercerita pasal durian ni, kebetulan pula baru-baru ni FAMA telah bermurah hati menaja barangan untuk team buat orang lapo, barangan tu termasuklah isi durian sejuk beku, sayur-sayuran, buah-buahan serta produk industri asas tani yang lain. Di sini saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada FAMA. Bila dah dapat isi durian daripada FAMA tu, apalagi saya pun terus la buat durian cheesecake ni. Dengan adanya isi durian dari FAMA ni mudah la kerja saya, tak perlu susah-susah nak kopek buah durian untuk ambil isinya. Hehe..

Kombinasi dari cheese dan durian ni serious sedap. Tambah lagi kalau di makan sejuk-sejuk. Memang tak cukup sepotong tau!! Lagi sedap dari cheesecake secret recipe suami saya kata! Haha… Jadi, hari ni saya nak kongsikan resepi durian cheesecake ni dengan korang semua.

Actually, ada pelbagai resepi dan cara untuk membuat durian cheesecake ni. Ada resepi cheesecake yang tidak perlu di bakar. Namun, kali ini saya memilih untuk membuat resepi yang dibakar menggunakan teknik waterbath kerana bagi saya rasanya lebih sedap. Dalam resepi ni saya menggunakan biskut marie sebagai crustnya (kerak). Korang boleh gantikan dengan biskut lain seperti biskut digestive, biskut tiger atau sebagainya. Penggunaan yogurt bertujuan untuk seimbangkan rasa keju supaya tidak terlalu muak apabila di makan nanti. Gunakan krim keju yang berkualiti dan premium supaya kek akan menjadi lebih sedap dan ianya perlu lembut sebelum digunakan supaya tidak berketul-ketul semasa dipukul.

Isi durian yang digunakan dalam kek ini juga mestilah daripada durian yang berkualiti, cukup manis dan lemaknya dan semestinya yang sedap. Baru la durian cheesecake korang akan bertambah sedap dan jadi luar biasa nanti. Hehehe.. Selain dari durian cheesecake ni, ada beberapa lagi resepi yang menggunakan durian yang pernah saya kongsikan sebelum ni, antaranya aiskrim durian yang sedap macam McD, kek durian, serawa durian dengan cara masak pulut guna rice cooker dan macam-macam lagi. Jadi, pada penggemar durian korang wajib cuba resepi ni yea, saya jamin korang tak akan menyesal dengan keenakkan rasanya! Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video durian cheesecake kat atas ni. Korang boleh layan dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan membuatnya dan jangan lupa untuk subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru dari kami yang mudah dan sedap untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan Durian Cheesecake:

Bahagian bawah (crust):

  • 80gm Mentega (tanpa garam)
  • 150gm Biskut Marie

Bahagian atas (cheese):

  • 500gm Krim Keju
  • 120gm Gula Aising
  • 135gm Yogurt
  • 20gm Tepung Jagung
  • 200ml Krim Putar
  • 3 biji Telur (size A)
  • 250gm Isi Durian
  • 1 sk Esen Vanila

Hiasan:

  • 250ml Krim Putar Bukan Tenusu

Cara-Cara Untuk Membuat Durian Cheesecake:

  1. Cairkan mentega menggunakan api yang kecil supaya tidak mudah hangit. Ketepikan dahulu.
  2. Kisarkan biskut marie menggunakan mesin pengisar atau isikan dalam plastik dan ketuk-ketuk sehingga hancur.
  3. Sediakan loyang (loose-base pan) yang bersaiz 7 inci dan masukkan biskut marie dan mentega yang telah dicairkan tadi. Gaul sehingga rata dan padatkan biskut dalam loyang. Ketepikan.
  4. Sementara itu sediakan bahagian atasnya pula. Dalam mangkuk besar, pukul krim keju dan gula icing sehingga nampak gebu dan halus. Ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, campurkan yogurt dan tepung jagung. Kacau sehingga tepung larut.
  6. Kemudian, tuangkan yogurt ke dalam adunan krim keju tadi dan pukul sehingga adunan sebati.
  7. Masukkan pula krim putar dan pukul sebentar.
  8. Masukkan telur satu persatu. Setiap telur pukul selama 1 minit dan telur yang terakhir pukul selama lebih kurang 2 hingga 3 minit.
  9. Selepas itu, masukkan isi durian dan juga esen vanila dan pukul lagi hingga isi durian sebati.
  10. Ambil loyang yang berisi biskut marie tadi, balut loyang dengan 2 lapisan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam loyang semasa membakar kek kerana kek akan di bakar menggunakan teknik waterbath.
  11. Tuang adunan keju tadi ke dalam loyang sehingga habis.
  12. Bakar pada suhu 150°C selama 60 minit atau sehingga masak menggunakan teknik waterbath.
  13. Setelah cheesecake sejuk. Boleh hiaskan dengan krim putar bukan tenusu yang dipukul sehingga kental atau apa-apa hiasan yang lain mengikut kreativiti masing-masing. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati!

Nota:

  • Kalau nak dapatkan tekstur cheesecake yang halus dan licin, isi durian perlu di kisar halus. Tapi jika suka rasa serat-serat dari durian, isi durian tidak perlu dikisar.
  • Biskut marie tidak perlu ditekan terlalu padat di dalam loyang kerana jika terlalu padat biskut akan menjadi keras selepas dibakar.
  • Cheesecake perlu disejukkan selama 4 jam atau semalaman selepas di bakar. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang untuk mengelakkan cheesecake mudah pecah.
Durian Cheesecake
Durian Cheesecake
Durian Cheesecake

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo