Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resepi rahsia emak mertua saya iaitu kurma ayam tanpa santan yang sedap dan popular. Sebelum ini emak mertua saya ada kongsikan resepi rahsia kari ayamnya yang juga tidak menggunakan santan. Selepas dia kongsikan resepi kari ayamnya emak mertua saya menelefon saya menyatakan hasrat untuk kongsikan pula resepi kurma ayam ini. So, tanpa berlengah lagi saya dan suami pergi ke rumah emak mertua saya pada hari Sabtu yang lepas untuk merakam video bersama-sama. Hehe.
Hidangan kurma ayam tanpa santan emak mertua saya ni adalah juga salah satu hidangan yang sangat mendapat sambutan hangat di kedai makannya selain karinya yang power! Hehe. Rata-rata pelanggan yang datang ke kedainya memuji masakan emak mertua saya. Untuk resepi kurma ini emak mertua saya mencampurkan sedikit rempah kari semasa menumis yang membuatkan rasa kurma ini lain daripada yang lain. Bahan rahsia yang perlu ada untuk resepi ini ialah sos tiram yang dibancuh dengan sedikit air. Inilah rahsia kesedapan kurma ayam emak mertua saya yang menjadi sebutan pelanggan di kedainya. Walaupun tanpa santan, kuah kurma ayam ini tetap pekat kerana menggunakan rempah kurma yang banyak dan kurma ini juga tidak mudah basi. Untuk resepi ini korang boleh tambah lobak merah, daun ketumbar jika suka, mengikut selera masing-masing.
Hidangan kurma ayam ini sesuai di makan bersama nasi putih, nasi tomato, nasi hujan panas dan sebagainya. Ia juga sesuai digandingkan bersama acar sunquick sebagai pelengkapnya. Korang boleh tengok resepinya di sini. Korang boleh gunakan resepi kurma ayam ini untuk masak dengan daging atau kambing. So, apa tunggu lagi jom kita buat kurma ayam ni. Selamat mencuba!
Saya ada sediakan video cara memasak kurma ayam tanpa santan kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan memasaknya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best, mudah serta memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan kurma ayam tanpa santan:
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 1 batang kulit kayu manis
- 3-4 bunga lawang
- 125g rempah kurma
- 1/2 sb rempah kari ikan
- Air secukupnya
- 1/2 ekor ayam
- Kentang
- Garam
- 2 Sb sos tiram (bancuh dengan 1/2 mangkuk kecil air)
- 3-4 batang cili padi
- 2-3 batang cili besar hijau
- 1 bawang besar (potong 6)
Cara-cara untuk membuat kurma ayam tanpa santan:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau dan sedikit garing.
- Masukkan rempah kurma dan rempah kari. Tambahkan air, ulang masuk air sedikit demi sedikit dan masak rempah sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan kentang. Tambah air secukupnya. Kacau sebati.
- Tambahkan garam secukup rasa dan sos tiram yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan kentang lembut/empuk.
- Akhir sekali, masukkan cili besar, cili padi dan bawang besar yang dipotong 6. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo