Assalamualaikum hai semua. Kali ni saya nak kongsikan resepi ayam crispy bersama sambal hijau. Resepi ayam crispy sambal hijau ni antara resepi yang mudah nak sediakan kerana saya menggunakan pes sambal hijau AdeqSue iaitu salah satu produk yang dipasarkan oleh FAMA. Seperti yang kita semua tahu FAMA adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam pemasaran produk agro makanan serta produk-produk industri asas tani. Saya ucapkan terima kasih kepada FAMA kerana sudi menaja produk serta barangan lain kepada team buat orang lapo. Hehe.. Selain sambal hijau terdapat beberapa jenis pes lain keluaran AdeqSue seperti pes kari ayam, pes kari ikan, pes sambal bilis dan macam-macam lagi. Dengan adanya pes ni mudah dan senang kerja saya kerana tak payah susah-susah nak sediakan bahan untuk membuat sambal serta pesnya, hanya buka dan panaskan sahaja dah siap untuk dimakan atau dicampurkan dengan pelbagai bahan lain yang disukai.
Saya juga menggunakan produk Sambal Garing Makton iaitu sambal garing bilis yang rangup dan sedap. Sambal ini sesuai di makan dengan nasi putih, roti dan sebagainya. Ianya juga mudah dibawa kemana-mana kerana tidak mudah lemau dan tahan lama. Sesuai bagi mereka yang ingin pergi melancong, berkelah atau boleh juga dijadikan bekal untuk anak-anak ke asrama.
Berbalik kepada resepi ayam crispy sambal hijau tadi, saya nak kongsikan dengan korang semua tips mudah untuk jadikan ayam goreng extra rangup dan kekal rangup lebih lama. Tipsnya ialah ayam perlu digoreng sedikit kekuningan dan angkat. Selepas 5 minit, goreng semula ayam tadi sehingga betul-betul garing dan baru la angkat semula. Kemudian, sambal yang hendak dituang atau digaul dengan ayam goreng perlu disejukkan terlebih dahulu supaya ayam kekal rangup lebih lama.
Dalam resepi ni saya menggunakan tepung goreng segera. Jika tiada boleh gantikan dengan tepung gandum yang di campurkan dengan tepung jagung, sedikit soda bikarbonat serta garam secukupnya. Boleh juga rujuk pada resepi ayam goreng korea ni untuk buat ayam goreng yang rangup. Ayam crispy sambal hijau ni pula boleh dipelbagaikan bahan-bahannya mengikut selera dan citarasa masing-masing. Boleh tambahkan sayuran seperti kacang buncis, cili benggala, lobak merah dan sebagainya jika suka. Ayam pula boleh digantikan dengan ikan, daging, sotong dan sebagainya mengikut selera masing-masing. Ayam crispy sambal hijau ni sesuai dimakan dengan nasi putih atau roti. Rasanya memang sedap dan tidak terlalu pedas. So, apa tunggu lagi jom kita buat ayam crispy sambal hijau ni! Hehe.. Selamat mencuba.
Saya ada sediakan video cara membuat ayam crispy sambal hijau kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk lihat cara penyediaan serta tips untuk mendapatkan ayam goreng yang extra rangup dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak lagi resepi terbaru dan menarik yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Ayam Crispy Sambal Hijau:
- 300gm Ayam (didadu)
- Tepung Goreng Segera (secukupnya)
- Minyak Masak
- Pes Sambal Hijau AdeqSue
- 2 tangkai Serai (diketuk)
- 1 biji Bawang Besar (dihiris)
- 5 biji Tomato Ceri
- Sambal Garing Bilis Mak Ton
Cara-Cara Untuk Membuat Ayam Crispy Sambal Hijau:
- Gaul ayam bersama tepung goreng segera sehingga rata kesemuanya do.
- Perap ayam lebih kurang 30 minit sebelum di goreng.
- Goreng ayam menggunakan minyak yang banyak supaya ayam tenggelam dan masak sekata. Angkat dan toskan. Boleh ikut tips di atas atau di dalam video untuk ayam goreng extra rangup.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, masukkan sambal hijau AdeqSue secukupnya dan serai.
- Tumis sambal sekejap dengan serai sehingga sambal sedikit garing.
- Kemudian, masukkan bawang besar yang dihiris dan tomato ceri. Boleh juga masukkan sayuran dan bahan lain jika suka.
- Kacau sehingga bawang dan tomato ceri layu.
- Selepas itu, angkat dan tuangkan sambal di atas ayam yang telah digoreng tadi atau boleh juga gaulkan sambal dengan ayam. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
DAPATKAN PRODUK SAMBAL GARING MAKTON DI:
- Fb: Makton Sambal Garing
- Ig : @makton_hq
- Call : 04-3838332
- Beli disini ? https://t.productlink.io/a525n8
DAPATKAN PRODUK ADEQSUE DI:
- Shopee – https://t.productlink.io/a525n9
- Semua hyper
- agrobazaar.com.my
- hubungi 0139836446/0196666446
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo