Hi assalamualaikum semua. Apa khabar? Dalam entri kali ini saya nak kongsikan resepi ayam kicap berempah style nasi kandar. Bercerita tentang nasi kandar ni teringat dulu ketika saya bekerja di Kuala Lumpur, ada sebuah kedai yang popular menjual nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Nasi kandar di kedai tu memang sedap betul. Kalau dah makan pasti akan datang lagi untuk menikmati keenakkan rasa nasi kandar di situ. Saban hari kedai tersebut penuh dengan pelanggan yang datang beratur untuk membeli nasi kandar. Jika hari jumaat pula, pelanggan akan bertambah dari hari biasa. Saya juga adalah salah seorang pelanggan yang selalu makan di kedai nasi kandar tu bersama officemate saya. Maklum la, kedai tu dekat je dengan ofis saya.. Hehehe..
Berbalik kepada resepi tadi, hari ini saya nak cuba rempah Penang Masala Powder untuk masak ayam kicap berempah style nasi kandar ni. Rempah ni boleh digunakan untuk masak pelbagai jenis masakan. Rasa ayam kicap berempah yang saya buat ni memang betul-betul macam mamak style kat kedai-kedai nasi kandar. Bahan-bahan rempah yang digunakan dalam resepi ini membuatkan rasa ayam kicap berempah ni memang padu!!! Aromanya memang menusuk kalbu. Sekali rasa pasti nak lagi.. hehe.. Tak perlu nak pergi ke kedai nasi kandar atau ke penang yea untuk makan nasi kandar yang sedap! Korang boleh je buat sendiri. Hahaha.
Selain ayam, rempah ni juga sesuai digunakan untuk daging, ketam, sotong dan sebagainya. Ayam kicap berempah ni sesuai di makan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas atau sebagainya. Selain ayam kicap berempah ni saya juga pernah kongsikan resepi ayam kicap pedas ni bagi sesiapa yang suka makan pedas. Bagi sesiapa penggemar masakan mamak, korang boleh cuba resepi ayam kicap berempah ni yea. Pasti tak menyesal.. Hehe.. Selamat mencuba!
Kalau korang nak senang faham cara penyediaan dan cara membuat dan ayam kicap berempah ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-Bahan Ayam Kicap Berempah:
Bahan Perapan Ayam
- 5 ketul Ayam
- 1 Sudu Kecil Bawang Putih (Ditumbuk)
- 1 Sudu Kecil Halia (Ditumbuk)
- 1 Sudu Kecil Serbuk Cili
- 1 Sudu kecil Serbuk Kunyit
- ½ Sudu Kecil Garam
Bahan lain
- 2 Sudu Besar Penang Masala (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 Bunga Lawang
- 2 Biji Buah Pelaga
- 1 Batang Kulit Kayu Manis
- 1 Sudu Kecil Bawang Putih (Ditumbuk)
- 1 Sudu kecil Halia (Ditumbuk)
- 6 Sudu Besar Bawang Besar (Dikisar)
- Daun Kari
- 2-3 Biji Bawang Merah (Dihiris)
- ½ Biji Tomato (Didadu)
- 4-5 Sudu Besar Kicap Manis
- 1 Sudu Besar Sos Tiram
- ¼ Sudu Kecil Garam
- Daun Ketumbar
Cara-Cara Untuk Membuat Ayam Kicap Berempah:
- Perap ayam dengan bawang putih, halia, serbuk cili, kunyit serta garam.
- Goreng ayam separuh masak sahaja. Jangan goreng ayam terlalu garing kerana nanti ayam akan menjadi keras. Ketepikan dahulu.
- Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan bawang besar yang dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan daun kari dan bawang besar yang dihiris serta tomato. Tumis sehingga semuanya layu.
- Kemudian, masukkan rempah Penang Masala (yang telah dibancuh dengan sedikit air) dan tambahkan sedikit air. Tumis sehingga rempah garing.
- Masukkan kicap manis, sos tiram dan garam secukup rasa atau boleh tambah bahan perisa lain jika suka. Kacau sebati.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan boleh tambah air jika inginkan lebih kuah.
- Masak sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat.
- Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan kacau rata. Siap sedia untuk dihidangkan!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo