July 16, 2020

Resepi Terbaru


Ayam Masak Kicap Pedas Menambat Selera

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Korang dan lunch ke belum tu? Korang masak apa hari ni? Saya baru nak masak ni. Kalau korang takde idea nak masak apa hari ni, jom saya kongsikan resepi ayam masak kicap pedas. Dah selalu buat ayam masak kicap yang biasa tu bosan pulakkan. So, kali ini saya tukar buat versi pedas pula. Hehe.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat ayam masak kicap ni. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi ayam masak kicap kering. Korang boleh tengok resepinya di sini. Dalam resepi ayam masak kicap pedas ni, saya gunakan cili kering supaya ayam ni jadi pedas. Kalau nak lebih pedas lagi, boleh letak cili padi semasa menumis. Korang boleh tambah kentang, lobak merah atau sayuran lain untuk menambah kesedapan resepi ni ikut selera masing-masing. Dalam resepi ini saya menggunakan produk keluaran Anaris iaitu bawang merah kisar meletop, bawang besar kisar meletop, bawang putih kisar meletop dan cili kering kisar meletop. Senang betul nak masak kalau gunakan produk Anaris ni sebab semuanya dah di kisar, tak payah susah-susah dan bazir masa nak kisar lagi. Cuma ambil dan masukkan je dalam kuali. Mudah bukan!? Hehe.

Selain ayam, korang boleh pelbagaikan resepi ni dengan menggantikan ayam kepada daging atau ikan. Ikut selera dan citarasa masing-masing. Ayam masak kicap pedas ini sesuai di hidangkan dengan nasi putih ataupun nasi goreng. Selamat mencuba!

Eh, tapi sebelum korang cuba buat ayam masak kicap pedas ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan ayam masak kicap pedas:

Bahan untuk ayam:

  • 4 Ketul Ayam
  • 1/2 Inci Halia (ditumbuk)
  • 1/2 Sudu Besar Bawang Putih Kisar Meletop
  • Garam
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram

Bahan lain:

  • 1 Sudu Besar Bawang Merah Kisar Meletop
  • 1 Sudu Besar Bawang Putih Kisar Meletop
  • 1 Sudu Besar Bawang Besar Kisar Meletop
  • 1/2 Inci Halia (ditumbuk)
  • 2 Sudu Besar Cili Kering Kisar Meletop
  • 1/4 Cawan Kicap
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Cili
  • Air
  • Bawang Besar
  • Cili Besar
  • 1/2 Biji Tomato

Cara-cara untuk membuat ayam masak kicap pedas:

  1. Gaul ayam dengan halia, bawang putih, garam dan sos tiram sehingga rata. Perap selama 30 minit.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering kisar. Kacau dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan kicap, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau lagi hingga sebati.
  6. Tambahkan air secukupnya dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masak sehingga kuahnya menjadi pekat.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan cili besar serta tomato. Siap! Boleh dihidangkan.

ayam masak kicap pedas
ayam masak kicap pedas
ayam masak kicap pedas
ayam masak kicap pedas

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

[youtube https://www.youtube.com/playlist?list=PLX3hq_tfjAFsiuGr1GTJgpuh2XJymhPit]

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo