Ayam Masak Kicap Kering

Assalamualaikum..

Ayam masak kicap ni resepi yang sangat senang sebab bole main campak-campak je bahan-bahannya. Haha.. Selalunya saya masak ayam kicap ni berkuah. Tapi bila kakak saya suggest buat ayam masak kicap kering, saya pun try. Memang sedap.. Husband yang tak berapa suka ayam masak kicap pun boleh jatuh cinta. Hari-hari hidang ayam masak kicap kering pun boleh. Haha.. Ok jom tengok resepinya..

Jom tengok video dulu..

 

Bahan-bahan:

  • 3-4 ketul dada ayam – potong kecil
  • 1 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar/holland – potong bulat
  • 1 biji cili merah – dihiris (guna 4-5 biji cili padi kalau nk lebih pedas)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan cili kisar, bawang merah dan bawang putih sehingga harum.
  3. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos tiram. Kacau sebentar.
  4. Masukkan sedikit garam. Sila rasa dulu sebelum masukkan garam sebab kicap dan sos tiram dah masin.
  5. Bila semua rasa dah cukup, masukkan ayam, bawang besar dan cili. Kacau sehingga kering.
  6. Sedia untuk dihidangkan.. Makan ni dengan nasik panas dah cukup menyelerakan dah..

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply