Kacang Panjang Goreng Telur Bersama Cendawan

Assalamualaikum

Menu sayur untuk makan tengah hari saya hari ni kacang panjang. Belek-belek lagi dalam peti ais jumpa cendawan. Boleh la tambah cendawan dalam kacang panjang goreng ni. Saya selalu beli cendawan tiram ni untuk buat sup sayur. Sedap jugak kalau buat nasik goreng cendawan.

Dah boring makan kacang panjang goreng macam biasa, kali ni saya gunakan telur sebagai rencah untuk kacang panjang ni. Ok jom tengok resepinya.

FullSizeRender 8

Bahan-bahan:

  • Kacang panjang secukupnye – hiris menyerong
  • Cendawan tiram – dicarik
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 1 biji telur – pukul sikit
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi dan garing.
  • Tuangkan telur ke dalam kuali dan biarkan seketika. Apabila telur sedikit masak, kacau telur supaya hancur.
  • Terus masukkan kacang panjang dan cendawan. Goreng seketika sehingga agak lembut.
  • Masukkan cili yang telah dihiris dan perasakan dengan garam secukupnya. Angkat kacang sebelum kacang terlalu layu. 

Siap! Sedap! Lazat! Hehe..


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply